IPOH – Kerajaan Perak berharap projek pemindahan air dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah di daerah Kerian diberi tumpuan Kerajaan Persekutuan menerusi Belanjawan 2027 yang dijadualkan dibentangkan pada 9 Oktober ini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, peruntukan bagi pembinaan infrastruktur asas projek itu penting bagi membolehkan pelaksanaan pemindahan air berkenaan dimulakan tahun depan.
Katanya, kos bagi penyediaan infrastruktur projek berkenaan dianggarkan bernilai sehingga RM2 bilion, tidak termasuk kos pembinaan loji rawatan air, dengan ia dijangka boleh berfungsi pada tahun 2030 sekiranya dapat dilaksanakan mengikut jadual. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak






Dari air hanyut percuma ka laut , lebeh baik sungai perak yang melimpah tu kita jual siap guna , bukan saja untok orang ramai , kilang kilang besar pasti perlu mengunakan banyak air selain peluang pekerjan dan pendapatan wang untok negeri perak , utara perak sempadsn penang akan menjadi penempatan dan bandar baru negeri perak dengan kemudahan air untok dijual ka negeri pulau pinang dan kedah selatan dan juga untok raayat utara perak , AMBIL. CEPATKEPUTUSAN INI CGU SHAHARANI , JANGAN NUSI KEBAS PULAK DIA TAK TAHU JUAL AIR BERSEH LAGI BAGUS KA PENAN DARI DOK CARI GADUH