Ekonomi berkembang 6.3 peratus bukti dasar tatakelola berkesan – Anwar

IPOH – Pertumbuhan ekonomi negara yang berkembang 6.3 peratus pada suku keempat 2025 berbanding tempoh sama tahun sebelumnya bukti keberkesanan dasar tatakelola kerajaan ketika ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia juga hasil usaha semua pihak termasuk anggota keselamatan serta kepimpinan Kerajaan MADANI di semua peringkat yang memastikan kestabilan politik negara berada dalam keadaan baik.

Justeru katanya, angka rasmi yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) itu menunjukkan prestasi ekonomi negara jauh lebih baik daripada jangkaan.

ekonomi Malaysia berkembang 6.3 peratus Anwar Ibrahim ekonomi Malaysia 6.3 peratus KDNK Malaysia suku keempat 2025 pertumbuhan ekonomi Malaysia terkini Jabatan Perangkaan Malaysia DOSM prestasi ekonomi Kerajaan MADANI pelaburan Malaysia tertinggi inflasi dan pengangguran Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Peluncuran Dasar Kasih Keluarga Negara (DKKN) dan Jelajah Sejahtera Madani – Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) di Dewan Seri Perdana, Institut Latihan Kementerian Kesihatan (ILKKM) Sultan Azlan Shah, Tanjung Rambutan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 14 FEBRUARI 2026.

“Apabila ekonomi meningkat, Alhamdulillah, angka yang diterbitkan semalam (Jumaat) amat membanggakan, lebih baik daripada yang kita unjurkan. Malah, kadar pelaburan juga tertinggi dalam sejarah.

“Walaupun kita masih berdepan beberapa cabaran, pendapatan rakyat meningkat manakala kadar pengangguran dan inflasi masih kekal pada tahap rendah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Dasar Kasih Keluarga Negara (DKKN) dan Jelajah Sejahtera Madani-Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sultan Azlan Shah, di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Pada Jumaat media melaporkan, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku keempat sebanyak 6.3 peratus itu merupakan tertinggi dalam tempoh tiga tahun dan mengatasi anggaran awal.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Dasar Kasih Keluarga Negara (DKKN) dan Jelajah Sejahtera Madani – Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) di Dewan Seri Perdana, Institut Latihan Kementerian Kesihatan (ILKKM) Sultan Azlan Shah, Tanjung Rambutan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 14 FEBRUARI 2026.

Mengulas lanjut Anwar berkata, perkembangan baik pertumbuhan ekonomi itu membolehkan kerajaan menyalurkan semula hasil negara terus kepada rakyat melalui pelbagai inisiatif kebajikan.

Kata beliau, ia termasuk menerusi inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang melibatkan peruntukan kira-kira RM15 bilion setahun.

Tambah beliau lagi, kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM18 bilion bagi kenaikan elaun dan gaji penjawat awam yang sudah sekian lama tidak disemak.

“Dalam soal ekonomi, kita kena faham bahawa jika negara aman, ekonominya akan baik. Hentikan amalan mencuri harta rakyat, sakau atau rasuah, dan kita boleh bangkit.

“Malaysia mempunyai potensi ekonomi yang sangat baik. Di ASEAN (Asia Tenggara), ringgit kita antara yang terbaik di Asia,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Warisan bukan beban, aset pacu ekonomi dan pelancongan negara – Anwar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI