Dasar Kasih Keluarga Negara (DKKN) 2026–2030 yang diperkenalkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) disifatkan sebagai ikhtiar yang bermakna dalam usaha memperkukuhkan institusi kekeluargaan.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, dasar berkenaan membawa mesej jelas bahawa nilai tanggungjawab, hormat dan ihsan mesti terus diperkasa supaya rumah kekal menjadi tempat yang paling selamat bagi setiap insan.
Katanya, sesebuah negara bergantung kepada kekuatan keluarga setiap rakyat yang mana kerapuhan institusi keluarga mengakibatkan kemajuan sukar bertahan apabila diuji dengan dugaan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #DasarKasihKeluargaNegara #DKKN





