MGPerak: Sultan Nazrin Berangkat Ke Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri

17

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Perak 2026 di Stadium Indera Mulia, Sabtu lalu. Turut berangkat, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

Keberangkatan baginda pada jam 3.05 petang disambut lebih 15,000 tetamu. Baginda turut berkenan menggaul yee sang sebagai simbolik sambutan.

Majlis anjuran Kerajaan Negeri Perak itu diserikan persembahan tarian singa dan naga, opera Cina, wushu serta seni menukar topeng.

Pada majlis sama, baginda turut menyampaikan sumbangan kepada 69 anak yatim dan miskin daripada lima pertubuhan kebajikan di seluruh Perak. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak SultanPerak #sambutantahunbarucinaperak2026

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini