40 anak yatim, asnaf terima sumbangan kelengkapan raya

IPOH – Keriangan jelas terpancar pada wajah 40 anak yatim dan asnaf dari Yayasan Amanah an-Nur Maisarah, Chemor selepas menerima sumbangan serta diberi peluang memilih kelengkapan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut nanti.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) anjuran Hospital Pakar KPJ Ipoh itu diadakan bagi memastikan anak-anak dalam golongan kurang bernasib baik tidak dipinggirkan dalam meraikan hari raya.

Ketua Pegawai Eksekutif Ipoh Specialist Hospital, Badrul Hisyam Ibrahim pada sidang media program Jom Shopping Raya bersama anak-anak yatim dan asnaf Yayasan Amanah An-Nur Maisarah anjuran KPJ Ipoh di AEON Mall Kinta City, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 28 FEBRUARI 2026.

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital, Badrul Hisyam Ibrahim berkata, penganjuran program kali keenam itu menyaksikan setiap daripada mereka menerima peruntukan sebanyak RM400 seorang dalam bentuk baucar untuk dibelanjakan di pasar raya AEON Kinta City.

Katanya, dana bagi program tersebut disalurkan melalui peruntukan zakat wakalah hospital berkenaan sebagai sebahagian daripada komitmen untuk menyumbang kembali kepada masyarakat setempat.

“Ini merupakan antara aktiviti utama kami setiap tahun dan Alhamdulillah, memasuki tahun keenam berturut-turut kami laksanakan.

“Apa yang penting adalah kami mahu supaya anak-anak ini turut dapat merasai kegembiraan menyambut hari raya sama seperti orang lain,” katanya.

anak yatim asnaf terima sumbangan raya Ipoh sumbangan Hari Raya anak yatim program CSR Ramadan Ipoh bantuan asnaf Perak kelengkapan raya anak yatim program kebajikan Ipoh KPJ Ipoh CSR shopping raya anak yatim
Ketua Pegawai Eksekutif Ipoh Specialist Hospital, Badrul Hisyam Ibrahim bergambar pada program Jom Shopping Raya bersama anak-anak yatim dan asnaf Yayasan Amanah An-Nur Maisarah anjuran KPJ Ipoh di AEON Mall Kinta City, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 28 FEBRUARI 2026.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program ‘Jom Shopping Raya’ Hospital Pakar KPJ Ipoh, di AEON Kinta City, di sini, pada Sabtu.

Menurut Badrul Hisyam, penganjurannya turut mendapat kerjasama daripada rakan strategik Tenaga Nasional Berhad (TNB), Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) serta Kolej Tingkatan Enam Seri Ipoh.

anak yatim asnaf terima sumbangan raya Ipoh sumbangan Hari Raya anak yatim program CSR Ramadan Ipoh bantuan asnaf Perak kelengkapan raya anak yatim program kebajikan Ipoh KPJ Ipoh CSR shopping raya anak yatim
Kanak-kanak Yayasan Amanah An-Nur Maisarah melihat barangan yang dibeli dengan dibantu sukarelawan pada program Jom Shopping Raya anjuran KPJ Ipoh di AEON Mall Kinta City, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 28 FEBRUARI 2026.

“Usaha murni menerusi program seperti ini wajar kita teruskan pada masa hadapan untuk kita terus meraikan anak-anak yatim dan asnaf khususnya pada bulan Ramadan,” katanya.

Sementara itu, wakil Yayasan Amanah An-Nur Maisarah, Azizah Abdul Hamid meluahkan rasa syukur dan terharu atas keprihatinan pihak korporat yang sudi memilih yayasan tersebut sebagai penerima manfaat tahun ini.

Ujar beliau, sebagai sebuah organisasi yang bergerak sendiri dengan menguruskan 63 anak yatim dan asnaf, sokongan daripada pihak luar amat diperlukan pihak mereka.

Wakil Yayasan Amanah An-Nur Maisarah, Azizah Abdul Hamid. Foto ABDULLAH YUSOF 28 FEBRUARI 2026.

“Kami sangat berbesar hati kerana sebelum ini pihak pengurusan memang bertungkus-lumus mencari sumbangan dan dana untuk kelangsungan anak-anak ini.

“Apabila ada pihak sudi tampil membantu menyediakan pakaian raya, ia sedikit sebanyak mengurangkan beban kewangan kami.

“Kami sudah berpesan kepada anak-anak supaya menggunakan peluang ini untuk membeli keperluan utama seperti baju dan kasut raya untuk dipakai pada pagi Syawal nanti,” katanya lagi.

Mengulas lanjut berkenaan latar belakang yayasan, Azizah berkata, rumah perlindungan yang telah beroperasi selama 25 tahun itu menempatkan penghuni seawal usia dua tahun sehingga 22 tahun.

anak yatim asnaf terima sumbangan raya Ipoh sumbangan Hari Raya anak yatim program CSR Ramadan Ipoh bantuan asnaf Perak kelengkapan raya anak yatim program kebajikan Ipoh KPJ Ipoh CSR shopping raya anak yatim
Sukarelawan membantu memilih baju melayu kanak-kanak Yayasan Amanah An-Nur Maisarah pada program Jom Shopping Raya anjuran KPJ Ipoh di AEON Mall Kinta City, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 28 FEBRUARI 2026.

“Lazimnya anak-anak ini berpeluang pulang ke rumah waris masing-masing setahun sekali sahaja iaitu pada Hari Raya Aidilfitri.

“Bagi sambutan Hari Raya Aidiladha pula, mereka selalunya akan meraikannya bersama-sama kami di yayasan.

“Oleh itu, pemberian baju raya baharu ini amat bermakna kerana inilah saat yang paling mereka nantikan untuk pulang bertemu ahli keluarga dengan imej yang ceria,” tambahnya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Anak yatim, asnaf gembira berbuka puasa di hotel, dapat duit raya

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI