Maritim Perak tahan vesel nelayan langgar syarat sah lesen

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak menahan sebuah vesel nelayan kelas C yang disyaki melanggar syarat sah lesen serta melakukan kesalahan imigresen dalam operasi penguatkuasaan semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, vesel berkenaan ditahan kira-kira 5.5 batu nautika barat daya Pulau Buloh pada jam 8.08 malam menerusi Op Khas Tanjung 2 dan Op Khas Pagar Laut.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati vesel itu disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan kurang daripada jarak yang dibenarkan, iaitu 15 batu nautika dari daratan terdekat.

“Selain itu, vesel tersebut dipercayai menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Katanya,

Pemeriksaan lanjut turut mendapati seramai lima kru warga Myanmar termasuk tekong berada di atas vesel berkenaan dan disyaki melanggar Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah. Foto Maritim Negeri Perak

 

“Kesemua kru bersama vesel serta hasil tangkapan dianggarkan kira-kira 250 kilogram ikan campur telah diiring masuk ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Kampung Acheh untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Perak bagi tindakan lanjut.

“Kes kini disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63,“ ujarnya.

Dalam pada itu, Mohamad Shukri berkata, pihaknya akan terus mempergiat rondaan dan operasi penguatkuasaan bagi memastikan perairan negara kekal selamat serta bebas daripada sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang aktiviti jenayah atau salah laku di perairan negara diminta menyalurkan maklumat dengan menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-683 8737 bagi tindakan segera,“ katanya. – MG Perak

Artikel berkaitan:

Vesel tempatan langgar syarat lesen ditahan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI