Menggilap permata perpaduan menerusi penghayatan semangat Aidilfitri

KEMERIAHAN sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini bukan sekadar diraikan dengan tradisi kunjung-mengunjung dan juadah istimewa, sebaliknya  membawa mesej lebih besar mengenai pentingnya kestabilan serta perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Dalam suasana dunia yang masih bergolak dengan konflik dan perpecahan, keamanan yang dinikmati di negara ini dilihat sebagai satu nikmat besar yang perlu dipelihara secara bersama, lebih-lebih lagi ketika semangat Syawal yang menuntut nilai kemaafan.

Dalam mendepani landskap masyarakat rencam yang semakin mencabar, pimpinan negeri dan pihak berkuasa agama di Perak dilihat senada dalam meniupkan semangat penyatuan demi memastikan kestabilan yang wujud tidak diganggu-gugat oleh anasir perpecahan.

perpaduan Aidilfitri Perak semangat Aidilfitri perpaduan masyarakat Saarani Mohamad perpaduan Perak kestabilan sosial negeri Perak Perak Sejahtera 2030 perpaduan kaum khutbah Aidilfitri JAIPk perpaduan kepentingan keharmonian masyarakat Malaysia
Gambar hiasan. Kepulan asap naik ke udara susulan letupan yang dilaporkan di Tehran pada awal 3 Mac 2026. Amerika Syarikat dan Israel mula melancarkan serangan ke atas Iran pada 28 Februari, yang mengorbankan pemimpin tertinggi Iran serta pegawai kanan tentera, sekali gus mendorong pihak berkuasa Iran bertindak balas dengan melancarkan serangan ke atas Israel dan di seluruh rantau Teluk. Foto AFP

Menyoroti ucapan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, beliau menegaskan bahawa nilai kemaafan dan kebersamaan yang dibawa dalam bulan Syawal sewajarnya dijadikan benteng utama dalam mendamaikan sebarang perselisihan faham.

Mengambil iktibar daripada gelora konflik luar negara yang menyaksikan penderitaan insan lain akibat peperangan, rakyat di negeri ini diingatkan untuk tidak mengambil mudah nikmat keamanan yang sedang dinikmati ketika ini.

perpaduan Aidilfitri Perak semangat Aidilfitri perpaduan masyarakat Saarani Mohamad perpaduan Perak kestabilan sosial negeri Perak Perak Sejahtera 2030 perpaduan kaum khutbah Aidilfitri JAIPk perpaduan kepentingan keharmonian masyarakat Malaysia
Suasana sekitar Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2026 di pekarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 MAC 2026.

“Ada yang menyambut lebaran dalam cemas dan ketakutan, ada yang beraya dengan dihambat rasa kehilangan dan kesedihan, tatkala peperangan terus meragut kedamaian dan memusnahkan kehidupan.

“Maka dalam kita mensyukuri kemeriahan Syawal ini, marilah kita benar-benar menghargai dan menginsafi nikmat keamanan yang sedang kita kecapi,” katanya ketika menyampaikan sembah ucapan pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri.

Perpaduan asas kestabilan negeri

Dalam konteks negeri yang terdiri daripada berbilang kaum seperti di Perak, kestabilan sosial tidak boleh dipisahkan daripada keupayaan masyarakat dalam mengurus perbezaan dengan bijaksana, khususnya dalam era digital yang mencabar.

Saarani menzahirkan kebimbangan terhadap kecenderungan segelintir pihak yang menjadikan media sosial sebagai medan mencetuskan perbalahan sehingga menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

Gambar hiasan. Kanak-kanak bermain bungai api sekitar nyalakan pelita panjut pada program Pesta Panjut X Piknik Moreh di Medan Klebang Pertama, Ipoh.
Pelita panjut sinonim dengan budaya masyarakat Melayu setiap kali tibanya Hari Raya Aidilfitri terutamanya pada 7 hari terakhir Ramadan yang dipanggil “Malam Tujuh Likur”, komuniti Cina dan India di kawasan itu sanggup turun padang membuat persiapan. Foto ABDULLAH YUSOF, 21 MAC 2025.

“Saban hari, media sosial yang sepatutnya menjadi wadah menyebarkan kebaikan dan menyuburkan persefahaman (semakin) disalahgunakan.

“Ia menjadi gelanggang perselisihan, tempat mengeji dan mencaci sesama sendiri, sehinggakan sensitiviti kaum dan agama disentuh tanpa adab dan budi pekerti,” katanya.

Menurut beliau, keadaan itu jika tidak ditangani secara berhemah berpotensi meretakkan hubungan masyarakat yang telah sekian lama dibina atas asas saling menghormati.

“Mari kita bersama-sama membetulkan segala salah tanggapan, memperbaiki niat dan menundukkan keangkuhan, serta menyucikan hati yang mudah tercemar,” ujarnya.

Selain itu, beliau turut menyeru agar seluruh rakyat agar sentiasa memilih jalan untuk saling memahami dan bukannya memusuhi, serta mengutamakan usaha pendamaian berbanding membiarkan jurang perpecahan terus melebar.

Keharmonian Pemangkin Perak Sejahtera 2030

Di bawah kerangka Pelan Perak Sejahtera 2030 yang digagaskan oleh Saarani, elemen kesejahteraan sosial dan perpaduan kaum diletakkan sebagai antara asas terpenting untuk membolehkan segala program pembangunan ekonomi berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Pelan tersebut menekankan pembangunan modal insan yang seimbang bukan sahaja dari sudut ekonomi, tetapi juga nilai sosial dan keharmonian masyarakat sebagai asas kepada kemajuan negeri.

perpaduan Aidilfitri Perak semangat Aidilfitri perpaduan masyarakat Saarani Mohamad perpaduan Perak kestabilan sosial negeri Perak Perak Sejahtera 2030 perpaduan kaum khutbah Aidilfitri JAIPk perpaduan kepentingan keharmonian masyarakat Malaysia
Persembahan tarian kebudayaan pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2026 di pekarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 MAC 2026.

Dalam kerangka itu, kestabilan sosial dan hubungan antara kaum dilihat sebagai pemangkin kepada keyakinan pelabur, pertumbuhan ekonomi serta kesejahteraan rakyat secara keseluruhan.

Selari dengan mesej sama, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menerusi teks khutbah Aidilfitri turut menitikberatkan kepentingan kesatuan yang jitu dalam kalangan umat Islam bagi mengelakkan diri daripada terus menjadi mangsa manipulasi pihak luar.

Khutbah itu mengingatkan bahawa perpecahan dalaman hanya akan melemahkan masyarakat dan membuka ruang kepada pihak luar mengambil kesempatan terhadap kelemahan tersebut.

“Jika umat terus berpecah dan saling melemahkan, mereka akan terus menjadi mangsa percaturan pihak lain. Perpecahan umat telah memberikan keuntungan besar kepada musuh.

“Jangan kita musnahkan nikmat ini melalui perpecahan yang memudaratkan. Demi masa depan generasi akan datang, keamanan dan keharmonian yang dibina perlu terus dipelihara,” katanya.

Suasana sekitar Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 MAC 2026.

Justeru itu, teks berkenaan turut menuntut agar masyarakat meraikan semangat Aidilfitri dengan kesederhanaan di samping nilai kebersamaan dijadikan pemangkin untuk mengukuhkan lagi hubungan antara komuniti pelbagai latar belakang di negeri ini.

“Aidilfitri hendaklah melatih kita membuang segala perselisihan dan dendam, serta memupuk generasi yang berakhlak tinggi dan bersatu kerana umat yang bersatu akan menjadi kuat.” tambahnya.

Keserasian antara pimpinan kerajaan negeri dan institusi agama dalam menyuarakan isu perpaduan ini memberikan isyarat jelas bahawa tiada kompromi terhadap pihak yang cuba merosakkan perpaduan masyarakat.

Oleh itu, semangat perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negeri ini sewajarnya terus diraikan selari dengan kemeriahan sambutan Aidilfitri yang masih berlangsung ketika ini. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Cadangan Baba Nyonya, Chetti jadi ikon perpaduan negara diteliti-  Aaron

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI