Polis Perak akan mempertingkatkan kawalan dan rondaan di sempadan darat Malaysia–Thailand terutamanya di Pengkalan Hulu, Gerik bagi mengekang aktiviti penyeludupan minyak diesel yang boleh menjejaskan pasaran tempatan.
Langkah itu diambil susulan perbezaan harga diesel antara kedua-dua negara, dengan harga di Thailand dilaporkan lebih rendah iaitu sekitar RM4 hingga RM5.02 seliter berbanding RM6.02 seliter di Malaysia.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, pihaknya peka terhadap situasi tersebut dan telah meningkatkan pemantauan serta rondaan di kawasan sempadan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #rondaansempadanmalaysia #aktivitipenyeludupandiesel





