COVID-19: Tiada kes serius babitkan pelajar sekolah di Perak

KUALA KANGSAR- Tiada sebarang kes serius melibatkan penularan wabak COVID-19 dalam kalangan pelajar di sekolah-sekolah di Negeri Perak setakat ini.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah bagaimanapun berkata, semua pihak terutama ibu bapa harus memainkan peranan penting bagi memastikan tahap kesihatan anak mereka berada dalam keadaan baik.

Katanya, sekiranya anak mereka berada dalam keadaan tidak sihat, tindakan dan rawatan susulan perlu diambil segera bagi mengelakkan wabak berkenaan menular di sekolah.

“Penting untuk ibu bapa sentiasa menantau status kesihatan anak mereka. Jika anak tidak sihat, tidak perlu hadir ke sekolah.

“Sebaliknya ibu bapa perlu membawa anak mereka mendapatkan rawatan susulan. Tidak menjadi satu kesalahan jika anak itu tidak datang ke sekolah kerana telah mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Festival Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Dataran Pavilion, dekat sini, pada Khamis.

Hadir sama, Naib Canselor USAS, Datuk Dr. Wan Sabri Wan Yusof.

covid-19 perak covid-19 sekolah pelajar perak kes covid-19 perak exco pendidikan Khairudin Abu Hanipah covid-19 perak covid-19 sekolah pelajar perak kes covid-19 perak exco pendidikan Khairudin Abu Hanipah
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Perak, Khairudin Abu Hanipah (dua,kiri) melancarkan Festival Kuala Kangsar dan Konvokesyen USAS (Festival Feskon) di Dataran Pavillion, Kuala Kangsar. Foto ABDULLAH YUSOF, 7 DISEMBER 2023.

Dalam pada itu, Khairudin berkata, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bersedia untuk mematuhi sebarang prosedur operasi standard (SOP) melalui pekeliling yang akan dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM) berhubung perkembangan terkini kes COVID-19.

Walau bagaimanapun ujarnya, beliau yakin semua sekolah di Perak mematuhi dan sentiasa mengaplikasikan SOP sedia ada dalam usaha membendung penularan wabak berkenaan di institusi pendidikan.

“Berkenaan dengan pemakaian pelitup muka itu walaupun ia tidak diwajibkan namun ia bergantung kepada kehendak ibu bapa atau pelajar itu sendiri.

“Namun yang penting di sini adalah untuk kita menjaga diri kita masing-masing, di samping saya yakin pihak sekolah akan menjalankan SOP yang perlu sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti,” katanya lagi.

Media sebelum ini melaporkan, sebanyak 3,626 kes COVID-19 dicatatkan dalam tempoh seminggu dari 19 November hingga 25 November lalu, iaitu peningkatan 57.3 peratus berbanding 2,305 kes yang dilaporkan pada 12 November hingga 18 November lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dilaporkan berkata, 48 peratus daripada jumlah kes itu terdiri daripada mereka yang berusia antara 20 tahun hingga 40 tahun namun lebih 98 peratus bergejala ringan.

Katanya jumlah kumulatif kluster yang dilaporkan adalah sebanyak 7,248 dan majoriti kluster adalah kluster pendidikan. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

24 tahun bergelar pendidik, Khairudin perkasa pendidikan di Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI