Sistem reban tertutup di semua ladang ayam bermula Januari 2027

IPOH – Kerajaan Negeri menetapkan tempoh peralihan sehingga akhir 2026 bagi semua ladang ayam beralih kepada sistem reban tertutup sebelum penguatkuasaan penuh bermula pada 1 Januari 2027.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, Kerajaan Negeri turut mengambil maklum kebimbangan rakyat berhubung isu pencemaran khususnya gangguan lalat dan bau yang berpunca daripada ladang ayam terbuka.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak memaklumkan bahawa industri penternakan ayam di negeri ini sedang melalui proses transformasi ke arah sistem lebih moden dan terkawal.

“Berdasarkan rekod semasa, terdapat 203 buah ladang ayam yang beroperasi menggunakan sistem reban tertutup sepenuhnya, manakala 177 buah ladang masih menggunakan sistem reban terbuka.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 52 buah ladang adalah milik usahawan Bumiputera yang berlesen dan masih aktif beroperasi di seluruh Negeri Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Sesi Penggulungan Perbahasan Titah DiRaja Sultan Perak pada Mesyuarat Pertama, Tahun Keempat, Dewan Negeri Ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Selasa.

Tambah beliau, perkembangan ini jelas menunjukkan peralihan industri ke arah sistem reban tertutup yang lebih mampan, berdaya tahan serta meningkatkan tahap biosekuriti dan kecekapan pengeluaran

Zolkafly (BN-Lintang) berkata, Kerajaan Perak turut menubuhkan Jawatankuasa Taskforce peringkat negeri yang melibatkan agensi kerajaan, wakil rakyat, penternak dan komuniti setempat bagi memastikan isu pencemaran khususnya gangguan lalat dan bau ditangani secara menyeluruh dan berkesan. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI