Kenaikan harga barang tidak halang program ‘food bank’ diteruskan

IPOH – Program bantuan bakul makanan kepada golongan memerlukan terus dilaksanakan meskipun berdepan cabaran kenaikan harga barangan susulan ketidaktentuan harga bahan api global yang memberi kesan langsung.

Pengarah Urusan Ariff Frozen Food Enterprise, Fauziah Mohd Arib berkata, program Food Bank yang dianjurkan bersama Persatuan India Muslim Perak (PRIM) itu masih mampu diteruskan hasil sokongan termasuk pembekal yang turut menyumbang.

Katanya, syarikat pembekal makanan sejuk beku itu komited untuk meneruskan inisiatif itu sebagai membantu golongan memerlukan khususnya dalam kalangan B40 yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.

Petugas membuat persiapan pada Program Food Bank Ariff Frozen Food dengan kerjasama Persatuan India Muslim Perak (PRIM) di Pekarangan Ariff Frozen Food di Taman Seri Tasek, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 03 MEI 2026.

“Buat masa sekarang memang ada sedikit cabaran daripada segi kenaikan harga barang. Apabila harga naik, barangan lain seperti plastik dan keperluan lain turut meningkat mendadak.

“Dan kadang-kadang pembeli tidak tahu harga sebenar yang kami dapat juga mahal, jadi ada rungutan (dalam kalangan pelanggan).

“Namun saya bersyukur, hasil daripada keuntungan perniagaan dan sumbangan daripada pihak pembekal yang diperolehi kami masih boleh meneruskan program ini lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Food Bank Ariff Frozen Food dengan kerjasama Persatuan India Muslim Perak (PRIM) di Pekarangan Ariff Frozen Food di Taman Seri Tasek di sini pada Ahad.

program food bank Ipoh bantuan bakul makanan Perak, kenaikan harga barang Malaysia, bantuan golongan B40, kos sara hidup meningkat, inisiatif kebajikan Ipoh, food bank Malaysia, bantuan makanan komuniti, program kebajikan Perak
Pengarah Urusan Arib Frozen Food, Fauziah Mohd Arib dan Pengerusi Persatuan India Muslim Perak (PRIM), Mohamed Arib Aliah menyampaikan sumbangan pada Program Food Bank Ariff Frozen Food dengan kerjasama PRIM di Pekarangan Ariff Frozen Food di Taman Seri Tasek, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 03 MEI 2026.

Menurut Fauziah, program tahunan yang memasuki tahun ke-10 pelaksanaannya itu menerima sambutan menggalakkan apabila jumlah penerima yang pada awalnya seramai 50 orang, kini meningkat kepada 350 penerima pada tahun ini.

Beliau berkata, setiap penerima menerima satu set bantuan seperti bakul makanan yang dianggarkan bernilai RM150 merangkumi pelbagai barangan runcit dan sejuk beku.

Pengarah Urusan Arib Frozen Food, Fauziah Mohd Arib pada sidang media Program Food Bank Ariff Frozen Food dengan kerjasama Persatuan India Muslim Perak (PRIM) di Pekarangan Ariff Frozen Food di Taman Seri Tasek, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 03 MEI 2026.

“Antara barangan yang diberikan kepada setiap penerima adalah beras, tepung, bihun, biskut, kicap, telur, sayur-sayuran serta makanan sejuk beku seperti ayam segar, ikan, ketam dan lala.

“Kita mahu pastikan bantuan ini benar-benar dapat membantu meringankan beban mereka, khususnya golongan B40 yang berdepan dengan ketidaktentuan dalam keadaan ekonomi semasa,” katanya.

Tambah Fauziah, pemilihan senarai penerima pada tahun ini dilakukan secara lebih sistematik dengan kerjasama PRIM bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar layak.

program food bank Ipoh bantuan bakul makanan Perak, kenaikan harga barang Malaysia, bantuan golongan B40, kos sara hidup meningkat, inisiatif kebajikan Ipoh, food bank Malaysia, bantuan makanan komuniti, program kebajikan Perak
Orang ramai mengambil sumbangan pada Program Food Bank Ariff Frozen Food dengan kerjasama Persatuan India Muslim Perak (PRIM) di Pekarangan Ariff Frozen Food di Taman Seri Tasek, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 03 MEI 2026.

“Tahun ini, PRIM menguruskan pemilihan penerima termasuk membuat tapisan dan tinjauan ke rumah bagi memastikan mereka benar-benar memerlukan.

“Kita juga tetapkan satu keluarga hanya layak menerima satu set bagi mengelakkan penyalahgunaan seperti yang pernah berlaku sebelum ini,” katanya.

Ujar Fauziah, pihaknya juga menyasarkan peningkatan jumlah penerima pada masa hadapan, dengan harapan dapat membantu lebih ramai golongan memerlukan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Lebih 55,000 terima bantuan JKM, 732 KIR keluar miskin tegar di Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI