IPOH – Program bantuan bakul makanan kepada golongan memerlukan terus dilaksanakan meskipun berdepan cabaran kenaikan harga barangan susulan ketidaktentuan harga bahan api global yang memberi kesan langsung.
Pengarah Urusan Ariff Frozen Food Enterprise, Fauziah Mohd Arib berkata, program Food Bank yang dianjurkan bersama Persatuan India Muslim Perak (PRIM) itu masih mampu diteruskan hasil sokongan termasuk pembekal yang turut menyumbang.
Katanya, syarikat pembekal makanan sejuk beku itu komited untuk meneruskan inisiatif itu sebagai membantu golongan memerlukan khususnya dalam kalangan B40 yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup. – MGPerak





