Olimpik 2028: KBS serah pada Azizulhasni buat keputusan

TAIPING – Kementerian Belia dan Sukan menyerahkan sepenuhnya kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menentukan masa depan karier beliau menjelang Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).

Menterinya, Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata, kementerian tidak mahu memberi sebarang tekanan kepada pemenang pingat perak Sukan Olimpik di Tokyo itu.

Menurut beliau, bagaimanapun perbincangan berkenaan penyertaan Azizulhasni dalam temasya sukan antarabangsa yang bakal berlangsung di Los Angeles itu masih lagi dalam perbincangan.

“Kita memberikan sepenuhnya kepada Datuk Azizul berkenaan keputusan tersebut disamping memberikan ruang kepada beliau memikirkan langkah yang terbaik (buat beliau).

“Sudah pasti kita memberikan kebebasan dan juga ruang yang secukupnya untuk beliau memikirkan berkenaan perkara tersebut,” katanya.

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari pada sidang media Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Malaysia 2026 (MIMAC 3.0) di Dataran Warisan Taiping. Foto ABDULLAH YUSOF 03 MEI 2026.

Beliau berkata dekimian pada sidang media selepas hadir ke Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Malaysia 2026 (MIMAC 3.0) di Dataran Warisan Taiping, di sini, pada Ahas.

Terdahulu media melaporkan bekas Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, jaguh berbasikal trek negara itu tidak sepatutnya diberi tekanan untuk terus berlumba sehingga Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Beliau yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan berkata, perkara berkenaan perlu diserahkan sepenuhnya kepada pelumba berusia 38 tahun itu untuk dibincangkan bersama keluarga.

“Sebab saya rasa kalau kita bagi tekanan kepada beliau untuk sampai ke LA28, bagi saya tidak adil. Sebab usia Azizulhasni hampir nak masuk 40 tahun dan beliau sudah banyak berkorban masa,” katanya. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI