Pasar Sejahtera Rakyat Perak tawar harga berpatutan – Pengunjung 

PARIT BUNTAR – Inisiatif kerajaan negeri melalui penganjuran Pasar Sejahtera Rakyat Perak dilihat memberi kelegaan kepada orang ramai dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi susulan krisis global yang memberi kesan kepada kos sara hidup ketika ini.

Rata-rata pengunjung yang ditemui menyambut baik program tersebut kerana ia membantu mereka mendapatkan barangan keperluan harian pada harga lebih rendah berbanding di pasaran.

Pesara kerajaan, Shaharudin Jamari, 54, berkata, meskipun berbelanja hampir RM100, namun dia dapat membeli pelbagai barangan dapur yang lengkap termasuk ikan segar dan minyak masak.

Pasar Sejahtera Rakyat Perak harga barang murah Perak, kos sara hidup meningkat Malaysia, inisiatif kerajaan negeri Perak, pasar murah Perak, bantuan rakyat Perak, Program MESRA Perak, harga barang berpatutan, pasar rakyat Malaysia, Saarani Mohamad Perak, pengunjung pasar murah
Pesara kerajaan, Shaharudin Jamari, 54, ketika ditemui MalaysiaGazette (MG) Perak di Kompleks Pentadbiran Daerah Kerian, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 MEI 2026.

“Kalau beli di pasaran luar, harga ikan seperti ikan bawal boleh cecah RM15 hingga RM20 sekilogram, tetapi di Pasar Sejahtera Rakyat Perak, seekor ikan sama hanya ditawarkan pada harga sekitar RM10 sahaja.

“Ikan lain seperti ikan nyok-nyok di luar boleh mencecah harga sehingga RM25 sekilogram, namun di sini ia dijual pada harga RM13, memang sangat berpatutan,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui di Pasar Sejahtera Rakyat Perak yang diadakan bersempena Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan di Kompleks Pentadbiran Daerah Kerian, Pekan Baru, di sini, pada Isnin.

Suasana sekitar Pasar Sejahtera Rakyat Perak di Kompleks Pentadbiran Daerah Kerian, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 MEI 2026.

Pasar berkenaan dirasmikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Kerajaan negeri membelanjakan RM2 juta bagi Pasar Sejahtera Rakyat Perak yang dilaksanakan melalui Pejabat Daerah dan Tanah di semua daerah dengan kekerapan berkala setiap bulan.

Justeru, Shaharudin berkata, program tersebut wajar diteruskan pada masa hadapan kerana membantu mengurangkan beban rakyat, khususnya golongan B40 yang terkesan dengan kenaikan harga barang ketika ini.

Pasar Sejahtera Rakyat Perak harga barang murah Perak, kos sara hidup meningkat Malaysia, inisiatif kerajaan negeri Perak, pasar murah Perak, bantuan rakyat Perak, Program MESRA Perak, harga barang berpatutan, pasar rakyat Malaysia, Saarani Mohamad Perak, pengunjung pasar murah
Pengunjung warga emas, Lee Tiong King, 76, ketika ditemui MalaysiaGazette (MG) Perak di Kompleks Pentadbiran Daerah Kerian, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 MEI 2026.

Seorang lagi pengunjung warga emas,Lee Tiong Kiong, 76, turut berkongsi pandangan sama apabila menyifatkan harga ayam segar yang ditawarkan hampir separuh lebih murah berbanding di pasaran luar.

Dia yang tinggal berdua bersama isteri berkata, inisiatif kerajaan negeri itu amat dihargai kerana ia membantu mengurangkan perbelanjaan harian mereka.

“Hari ini saya beli seekor ayam pada harga RM10 sahaja. Kalau di luar, biasanya saya beli ayam dua kilogram dengan harga hampir RM20. Dan di sini memang dijual dengan harga murah,” katanya.

Suasana sekitar Pasar Sejahtera Rakyat Perak di Kompleks Pentadbiran Daerah Kerian, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 MEI 2026.

Seorang lagi pengunjung yang juga ibu tunggal, Sabariah Che Ros, 64, pula menyifatkan pelaksanaan terhadap Pasar Sejahtera Rakyat Perak sebagai tepat pada masanya tatkala rakyat berdepan dengan keadaan ekonomi mencabar impak daripada konflik global.

“Alhamdulillah program seperti ini amat membantu meringankan beban rakyat, tambahan pula sekarang ekonomi agak berat.

“Apabila saya ke sini, dapat lihat harga pada barangan-barangan yang dijual amat berpatutan dan boleh membantu untuk perbelanjaan barang dapur,” katanya.

Ibu tunggal, Sabariah Che Ros, 64, ketika ditemui MalaysiaGazette (MG) Perak di Kompleks Pentadbiran Daerah Kerian, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 MEI 2026.

Tambahnya, kepelbagaian barangan yang ditawarkan di Pasar Sejahtera Rakyat Perak turut memudahkan orang ramai untuk mendapatkan keperluan di satu lokasi.

Justeru dia yang menetap di Kampung Perak berharap agar pelaksanaan program tersebut dapat diperluaskan dan dianjurkan dengan lebih kerap supaya lebih ramai golongan memerlukan dapat menikmati manfaatnya.

“Jika program seperti ini dianjurkan lagi pada masa hadapan, memang saya akan datang kerana harga barangan di sini amat murah,” ujarnya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Kerajaan negeri peruntuk RM3.7 juta laksana Pasar Sejahtera Rakyat Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI