DPPM Perak sambut baik penurunan sewa premis perniagaan

IPOH – Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu (DPPM) Perak menyifatkan langkah kerajaan Persekutuan menurunkan kadar sewa premis perniagaan milik agensi kerajaan mulai bulan ini sebagai satu inisiatif yang tepat.

Yang Dipertuanya, Amirudin Tajudin berkata, inisiatif tersebut dilihat mampu membantu mengurangkan beban kos operasi peniaga yang kini terkesan akibat kenaikan harga bahan api.

Menurutnya, penurunan kadar sewaan itu juga berpotensi membantu peniaga menstabilkan harga jualan kepada pengguna atau sekurang-kurangnya mengelakkan kenaikan harga.

“Langkah ini sedikit sebanyak membantu usahawan untuk terus bertahan dalam perniagaan walaupun dengan margin keuntungan yang kecil,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau berharap usaha berkenaan dapat diikuti kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kalau boleh syarikat swasta mengambil langkah yang sama kerana rantaian daripada itu, akhirnya akan dapat memberi manfaat kepada rakyat,” ujarnya.

Amirudin turut menyambut baik usaha kerajaan mempergiat pelaksanaan Program Jualan Rahmah MADANI dengan sasaran peningkatan kepada 30,000 program tahun ini.

Beliau berkata, pelaksanaan program tersebut secara mingguan di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), termasuk di kawasan luar bandar dan kampung terpilih, akan membuka lebih banyak peluang kepada peniaga kecil untuk terlibat.

“Ini sudah tentu memberi ruang kepada peniaga tempatan, khususnya mereka yang mengusahakan kedai runcit,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan kadar sewa premis perniagaan milik semua agensi kerajaan Persekutuan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan UDA Holdings Bhd diturunkan mulai bulan ini bagi membantu peniaga kecil mengurangkan kos operasi.

Beliau berkata langkah itu sebahagian daripada usaha kerajaan dalam membantu peniaga dan penjaja yang turut terkesan akibat krisis bekalan global ketika ini.

Anwar berharap agar PBT dan kerajaan negeri turut mengikuti langkah yang sama, seperti komitmen yang dizahirkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

SARA: DPPM Perak sambut baik sasaran libatkan peniaga kecil

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI