BAM nafi ketandusan bakat pemain perseorangan

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menafikan bahawa badan induk itu kekurangan pemain perseorangan yang berbakat.

Dakwaan itu dilemparkan beberapa pihak susulan prestasi hambar pemain perseorangan lelaki BAM pada kejohanan Piala Thomas, baru-baru ini.

Setiausaha Agung BAM Datuk Kenny Goh berkata badan induk itu sebenarnya memiliki pemain-pemain yang berbakat bagi acara individu, namun kumpulan berkenaan kadangkala kurang bernasib baik apabila dilanda kecederaan.

“Saya tak bersetuju kalau kata kita (BAM) tak cukup talent (bakat), cuma mungkin kita kurang bernasib baik daripada segi acara perseorangan. Kerana kita dah ada talent, kemudian cedera pula.

“Anda semua tahu berapa pemain yang cedera, lepas itu ada yang dalam proses pemulihan, dan juga ada yang baru saja pulih. Jadi, saya rasa bukan kita kekurangan bakat, cuma kurang bernasib baik dari segi itu,” katanya ketika ditemui, semalam.

Dalam pada itu, Kenny berkata bagi memastikan BAM tidak ketandusan bakat baharu, pencari bakat badan induk itu sentiasa melakukan pemantauan berterusan pada pelbagai kejohanan kebangsaan sepanjang tahun.

Malah, beliau berkata selain pemantauan pada kejohanan kebangsaan, BAM turut mengadakan pemilihan bakat sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi memastikan pemain terbaik negara dapat dikenal pasti dan diserap ke dalam sistem pembangunan BAM. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI