Tuisyen Cikgu Saarani: 36 pelajar cemerlang terima insentif RM1,000 setiap seorang

IPOH – Seramai 36 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di bawah Program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) menerima insentif khas sebanyak RM1,000 setiap seorang daripada Kerajaan Negeri Perak.

Yayasan Perak menerusi kenyataan media berkata, kesemua mereka merupakan anak-anak yang berada di bawah dua komponen program TCS iaitu Program Anak Angkat Cikgu Saarani (AACS) serta Biasiswa Menteri Besar Perak.

Katanya, daripada jumlah itu, ia membabitkan seramai tujuh pelajar cemerlang SPM 2025 bagi komponen program AACS yang dianjurkan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan.

“Manakala, seramai 29 orang penerima Biasiswa Menteri Besar Perak yang dikendalikan Yayasan Perak turut diraikan atas kecemerlangan akademik menerusi peperiksaan sama.

“Selain insentif, setiap seorang turut menerima sijil sebagai tanda penghargaan dan galakan atas kecemerlangan yang dicapai,” katanya menerusi kenyataan sama.

Kesemua mereka diraikan pada program Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Perak yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Khamis.

Insentif pelajar cemerlang SPM Perak Program Tuisyen Cikgu Saarani, Saarani Mohamad, Biasiswa Menteri Besar Perak, Anak Angkat Cikgu Saarani, pelajar cemerlang SPM 2025, Yayasan Perak, bantuan pendidikan Perak, insentif SPM Perak, pendidikan negeri Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyampaikan insentif khas sebanyak RM1,000 kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 pada Majlis Ramah Mesra YAB MB Bersama Anak-anak Cemerlang di bawah Program Tuisyen Cikgu Saarani di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 07 MEI 2026.

Tambah Yayasan Perak, majlis itu diadakan bagi menghargai pencapaian anak-anak berkenaan selain ia sebagai tanda perhatian khusus kerajaan negeri kepada mereka.

Katanya, kerajaan negeri mahu memastikan kesemua mereka khususnya yang daripada latar belakang keluar kurang berkemampuan terus diberikan sokongan pendidikan yang sewajarnya.

“Penganjuran majlis seumpama ini diharap akan terus menyuntik semangat kepada anak-anak negeri untuk melakar kejayaan yang lebih tinggi.

“Ia sekali gus memperkukuh usaha melahirkan generasi Perak yang berilmu, berdaya saing dan mampu menyumbang kepada masa depan negeri,” ujarnya.

Sementara itu Yayasan Perak memaklumkan, sehingga kini program AACS telah berjaya membimbing seramai 250 pelajar hingga ke peringkat pengajian tinggi di samping ia turut melahirkan alumni yang terlibat dalam pelbagai profession termasuk doktor dan jurutera.

Insentif pelajar cemerlang SPM Perak Program Tuisyen Cikgu Saarani, Saarani Mohamad, Biasiswa Menteri Besar Perak, Anak Angkat Cikgu Saarani, pelajar cemerlang SPM 2025, Yayasan Perak, bantuan pendidikan Perak, insentif SPM Perak, pendidikan negeri Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyampaikan insentif khas sebanyak RM1,000 kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 pada Majlis Ramah Mesra YAB MB Bersama Anak-anak Cemerlang di bawah Program Tuisyen Cikgu Saarani di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 07 MEI 2026.

“Program yang diperkenalkan sejak tahun 2010 merupakan inisiatif bimbingan berterusan serta bantuan kewangan dalam bentuk elaun pendidikan bulanan kepada pelajar terpilih.

“Mereka terdiri daripada keluarga kurang berkemampuan dengan pemilihan dibuat melalui kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Pejabat Pendidikan Daerah,” katanya.

Bagi program Biasiswa Menteri Besar Perak pula, agensi kerajaan negeri itu memaklumkan, inisiatif yang diperkenalkan sejak tahun 2019 itu telah memberi manfaat kepada 7,627 orang pelajar.

“Ia melibatkan pelajar SPM, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan peruntukan melebihi RM8.12 juta, sekali gus menjadi antara bentuk sokongan berterusan kerajaan negeri dalam memastikan kecemerlangan anak-anak ini terus dipelihara,” jelasnya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Biasiswa Menteri Besar bantu perkasa pendidikan pelajar B40

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI