Seludup PATI guna kapal ikan di Telok Senangin

KUALA LUMPUR – Cubaan sindiket penyeludupan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) menggunakan laluan laut secara haram dengan menyembunyikan migrain di dalam kapal ikan sebagai pengangkutan berjaya dikesan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Taktik itu dipatahkan menerusi satu operasi khas oleh sepasukan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dengan kerjasama JIM Perak di persisir pantai Telok Senangin, Lumut, Perak pukul 1.25 pagi semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi dilakukan hasil maklumat awam dan risikan selama tiga minggu di pesisiran pantai Kuala Selangor hingga ke pesisir Pantai Lumut, Perak.

“Pasukan operasi telah diatur gerak dan berjaya menahan 20 PATI warga Indonesia yang baru tiba dari Tanjung Balai, Indonesia membabitkan sembilan lelaki dan 11 wanita berusia dalam lingkungan 19 hingga 59 tahun.

“Semakan awal mendapati, sebahagian PATI yang ditahan dipercayai Imigran Larangan iaitu individu yang telah direkodkan senarai hitam dan senarai jabatan yang tidak dibenarkan memasuki negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, modus operandi sindiket dipercayai dikendalikan ejen yang berada di Tanjung Balai dan menggunakan kapal ikan sebagai medium pengangkutan membawa PATI bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Migran yang mendarat di kawasan persisir pantai akan diatur mengunakan kenderaan melalui laluan darat ke destinasi yang telah ditetapkan dengan setiap indvidu dikenakan bayaran sebanyak RM1,500 bagi memasuki negara secara tidak sah.

“Kesemua PATI yang ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 36 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155] dan telah dibawa ke pejabat imigresen untuk tindakan lanjut,” jelasnya. – MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI