Kerajaan MADANI terus beri tumpuan besar kepada sektor pendidikan negara

IPOH – Kerajaan MADANI menegaskan komitmen untuk terus memberi tumpuan besar kepada sektor pendidikan negara melalui penilaian keperluan terhadap peruntukan dasar dari semasa ke semasa

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha iu perlu bagi memastikan sistem pendidikan negara kekal relevan dengan perkembangan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran dan Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-55 Tahun 2026 di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru, Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 16 MEI 2026.

“Dalam perjumpaan saya dengan Kementerian Kewangan awal minggu ini, kita bincang juga soal pendidikan. Oleh kerana perkembangan teknologi semasa berkaitan digital, AI, pengkomputeran, STEM dan sebagainya, kita dah putuskan untuk kita ‘review’ apa-apa keperluan.

“Ia supaya dalam (pembentangan) belanjawan tahun ini kita dapat tingkatkan lagi perbelanjaan dan kelulusan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-55 bertemakan ‘Guru Bitara Nadi Negara’ yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hotel Casuarina@Meru, di sini, pada Sabtu.

Hadir sama, isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi bergambar pada Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-55 Tahun 2026 di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru, Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 16 MEI 2026.

Dalam pada itu Anwar berkata, kerajaan turut memberikan tumpuan terhadap kebajikan warga pendidikan menerusi pelbagai insentif melibatkan peruntukan tambahan besar di seluruh negara.

Antara yang diumumkan beliau adalah, peruntukan tambahan RM100 juta bagi naik taraf dan penyelenggaraan menyeluruh 7,000 bilik guru di seluruh negara.

Kerajaan turut memperuntukkan tambahan RM50 juta bagi penyelenggaraan 8,700 unit kuarters guru selain kerja baik pulih yang sedang dan telah dilaksanakan.

Kerajaan MADANI Terus Perkukuh Sektor Pendidikan, Fokus AI dan STEM Alternative SEO Title: Anwar: Pendidikan Jadi Keutamaan, Peruntukan KPM Akan Ditambah Dalam Belanjawan Focus Keyphrase: kerajaan MADANI pendidikan negara Related Keyphrases: peruntukan KPM 2026, pendidikan Malaysia AI STEM, Anwar Ibrahim pendidikan, Hari Guru Kebangsaan 2026, bilik guru Malaysia, kuarters guru, belanjawan pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, guru Malaysia pencapaian antarabangsa
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan Anugerah Sekolah Terbaik Dunia kepada Guru Besar SK Putrajaya Presint 11 (1), Putrajaya pada Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-55 Tahun 2026 di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru, Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 16 MEI 2026.

“Sekarang ini (kita ada kemasukan) sekitar 75,000 pelajar baru. Pertambahan bilik guru yang diluluskan oleh kerajaan melibatkan sebanyak 3,150 bilik guru. Bilik guru diselenggara setakat ini (sebanyak) 7,000 (buah),” kata Anwar.

Pada masa sama Perdana Menteri turut menzahirkan rasa bangga terhadap pelbagai pencapaian yang berjaya dilakar warga pendidik sama ada peringkat nasional dan antarabangsa.

Beliau berkata, antaranya guru dari Sekolah Kebangsaan Long Sebangang, Lawas di Sarawak, Muhammad Nazmi Rosli yang tersenarai dalam 10 Ke Atas Finalis Global Teacher Prize 2025 dan Rise Educator of the Year 2021, serta, Dr. Velerie Wheelervon dari Sekolah Kebangsaan Bingkor Keningau, Sabah yang memperkenalkan pendekatan ‘Neuro Arts’.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kiri) ketika gimik perasmian Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-55 Tahun 2026 di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru, Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 16 MEI 2026.

“Lawas itu jauh di Sarawak. Tak banggakah kita (bahawa sebuah) sekolah terpencil (yang) begitu boleh dapat pengiktirafan dunia,” katanya lagi.

Terdahulu pada majlis, Anwar menyampaikan Anugerah Sekolah Terbaik Dunia kepada Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (1).

Turut disampaikan Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan kepada Dr Ahmad Rafee Che Kassim dan Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan kepada Abdul Rasid Bakar. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

KPM hapuskan sistem perekodan kokurikulum secara manual

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI