KKR kesan 44 projek sakit babit nilai RM1.95 bilion

TAIPING – Kementerian Kerja Raya (KKR) mengesan sebanyak 44 projek sakit bernilai RM1.95 bilion di seluruh negara dengan sektor pendidikan mencatatkan jumlah tertinggi membabitkan 14 projek di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, selain KPM ia diikuti antaranya Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dengan lapan projek, Kementerian Dalam Negeri (lima), Kementerian Pertahanan Malaysia (empat) serta tiga (masing-masing Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi).

Katanya, jumlah unjuran projek sakit itu bagaimanapun hanya merangkumi 5.17 peratus daripada keseluruhan 851 projek bernilai RM49.5 bilion yang kini sedang berada dalam fasa pembinaan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

44 projek sakit JKR Related Keyphrase: projek sakit KKR, Ahmad Maslan, projek pembinaan JKR, projek sakit Malaysia, kontraktor projek kerajaan SEO Title: JKR Kesan 44 Projek Sakit Bernilai RM1.95 Bilion Meta Description: JKR mengesan 44 projek sakit bernilai RM1.95 bilion di seluruh negara dengan sektor pendidikan merekodkan jumlah tertinggi melibatkan projek KPM.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Bangunan Stor Farmasi Logistik Dan Farmasi Steril Hospital Taiping. Foto ABDULLAH YUSOF 19 MEI 2026.

“Antara penyebab utama yang mempengaruhi jadual pelaksanaan projek (mendorong kepada projek sakit ini) adalah isu kontraktor membabitkan 84 peratus, seperti kemahiran mengurus projek, masalah aliran kewangan serta isu kekurangan tenaga kerja dan bahan binaan di tapak.

“Selain itu, isu-isu lain (16 peratus) berkaitan dengan isu pengambilan balik tanah dan bayaran pampasan, masalah kelulusan dan kelewatan pengalihan utiliti seperti air, elektrik, pembentungan dan telekomunikasi serta masalah cuaca dan bencana alam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Sesi Lawatan Kerja Dan Mesyuarat Pemantauan Projek Pembinaan Infra Rakyat Kementerian Pelanggan di Hospital Taiping, pada Selasa.

44 projek sakit JKR Related Keyphrase: projek sakit KKR, Ahmad Maslan, projek pembinaan JKR, projek sakit Malaysia, kontraktor projek kerajaan SEO Title: JKR Kesan 44 Projek Sakit Bernilai RM1.95 Bilion Meta Description: JKR mengesan 44 projek sakit bernilai RM1.95 bilion di seluruh negara dengan sektor pendidikan merekodkan jumlah tertinggi melibatkan projek KPM.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan bergambar ketika mengadakan lawatan kerja ke Bangunan Stor Farmasi Logistik Dan Farmasi Steril Hospital Taiping. Foto ABDULLAH YUSOF 19 MEI 2026.

Mengulas lanjut mengenai takrifan status berkenaan, Ahmad memberitahu, sesebuah projek dikategorikan sebagai ‘sakit’ apabila mengalami kelewatan pelaksanaan melebihi tempoh 60 hari ataupun mencatatkan kelewatan kemajuan fizikal.

Bagaimanapun, beliau berkata, bahawa kurang daripada kesemua projek berkenaan hanya lapan dinilai sebagai berstatus sangat serius sehingga memaksa penamatan kontrak dilakukan secara mutlak demi melantik kontraktor penyelamat yang baharu.

Ahmad berkata, JKR tidak sewenang-wenangnya menamatkan sebarang kontrak projek, sebaliknya memberi peluang kepada kontraktor memulihkan prestasi terlebih dahulu.

Kata beliau, setiap projek bermasalah akan dibawa ke Jawatankuasa ‘Problem Solving Governance’ (PSG) sebelum dirujuk kepada ‘Contract Coordination Panel’ (CCP) sekiranya gagal diselamatkan.

Malah beliau berkata, JKR mengambil pendekatan fleksibel dengan menawarkan kelonggaran syarat seperti pemberian Lanjutan Masa (EOT) bagi memastikan projek-projek berkenaan dapat dipulihkan dan dilaksanakan semula.

Walau bagaimanapun beliau berkata, bagi kontraktor tegar yang gagal menyiapkan projek tanpa alasan munasabah, kementerian akan mengambil tindakan tegas dengan menyenaraihitamkan syarikat terbabit dalam tempoh dua tahun melalui Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan melihat pelan ketika mengadakan lawatan kerja ke Bangunan Stor Farmasi Logistik Dan Farmasi Steril Hospital Taiping. Foto ABDULLAH YUSOF 19 MEI 2026.

“Kita faham bahawa terdapat pelbagai faktor luaran dan teknikal yang bermunasabah sehingga membawa kepada kelewatan sesuatu projek untuk disiapkan

“Misalnya, ada satu kes projek sakit hanya kerana isu teknikal untuk mengalihkan enam tiang elektrik milik SESB (Sabah Electricity) di Sabah dan sebaik sahaja utiliti itu dialihkan, status projek tersebut terus kembali pulih dan tidak lagi sakit,” jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad berkata, daripada keseluruhan 851 projek dalam pembinaan, sebanyak 241 projek atau 28 peratus berada pada tahap awal jadual manakala 213 projek atau 25 peratus mengikut jadual ditetapkan.

Beliau turut memaklumkan bahawa, sebanyak 351 projek bernilai RM15.48 bilion telah siap dan kini berada dalam tempoh tanggungan kecacatan atau defect liability period (DLP). – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

JKR sasar sifar projek sakit dalam tahun ini

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI