IPOH – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempertingkatkan kesiapsiagaan menerusi penambahan anggota dan keperluan logistik bagi memastikan kelancaran Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor dan Negeri Sembilan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di kedua-dua negeri berkenaan.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, perancangan awal telah digerakkan bagi memastikan aspek keselamatan dan ketenteraman awam berada pada tahap terbaik sepanjang proses pilihan raya berlangsung. – MGPerak





