Lelaki Myanmar lemas ketika mandi-manda di air terjun

TAIPING – Seorang lelaki warga Myanmar berusia lingkungan 30-an ditemukan lemas ketika mandi-manda bersama empat rakannya di kawasan air terjun berhampiran kawasan tanah perkuburan Cina di Taman Saga di Jalan Tupai, di sini, pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.01 pagi.

Katanya, susulan itu sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Jentera pasukan bomba yang tiba di lokasi mendapatkan maklumat daripada pemanggil bagi mengesahkan kedudukan mangsa.

“Anggota bomba kemudian menjalankan pencarian di dasar kawasan air terjun sebelum berjaya menemukan mangsa yang timbul di permukaan air,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Lelaki Myanmar lemas di air terjun Taiping warga Myanmar lemas, lemas ketika mandi-manda, air terjun Taman Saga, kejadian lemas di Taiping, operasi menyelamat JBPM Perak
Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping menemukan seorang lelaki warga Myanmar berusia lingkungan 30-an ditemukan lemas ketika mandi-manda bersama empat rakan di kawasan air terjun berhampiran kawasan tanah perkuburan Cina Taman Saga di Taiping. Foto JBPM Perak

Menurut beliau, operasi mencari mangsa dijalankan dengan anggota memakai peralatan perlindungan diri (PPE) lengkap serta jaket keselamatan sebelum memasuki kawasan air.

“Anggota menggunakan ‘gripping iron’ untuk menarik mangsa keluar dari dalam air sebelum dibawa naik ke tebing menggunakan pengusung.

“Pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi kemudian membuat pemeriksaan dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” ujarnya.

Sabarodzi berkata, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mazli A. Mutalib dengan melibatkan lapan anggota BBP Taiping kemudian ditamatkan pada jam 1.08 tengah hari. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Mayat lelaki dipercayai lemas ditemui di Sungai Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI