Mayat lelaki dipercayai lemas ditemui di Sungai Perak

KUALA KANGSAR – Mayat seorang lelaki dipercayai lemas ditemukan berhampiran tebing Sungai Perak dekat Jeti Seberang Manong, Jalan Sultan Iskandar Shah di sini, tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung penemuan mayat tersebut pada jam 12.47 tengah hari.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar digerakkan ke lokasi kejadian dan tiba sekitar jam 1.13 petang.

“Setibanya di lokasi, bomba mendapati, terdapat mangsa lelaki berumur 45 tahun di dalam air bersebelahan bot berhampiran tebing sungai. Polis terdahulu telah berada di lokasi kejadian.

“Pasukan bomba kemudian memakai peralatan perlindungan diri (PPE) lengkap serta jaket keselamatan (PFD) sebelum turun ke sungai untuk membawa mangsa naik ke tebing menggunakan pengusung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.30 petang. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Warga emas maut disamun, suspek diberkas kurang 24 jam

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI