Barisan Nasional (BN) Perak sudah menyusun gerak kerja dan menggerakkan jentera parti bagi membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan yang akan berlangsung secara berasingan bermula penghujung Jun hingga awal Ogos depan.
Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, negeri itu menerima permintaan daripada kepimpinan BN untuk menugaskan jentera Perak di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di kedua-dua negeri berkenaan.
Menurutnya, bagi PRN Johor, jentera BN Perak akan membantu di lima DUN melibatkan dua kawasan Parlimen iaitu Pagoh dan Ledang serta lapan DUN membabitkan dua Parlimen iaitu Tampin serta Kuala Pilah.
#malaysiagazetteperak #mgperak #MBPerak #SaaraniMohamad #BNPerak #PRNJohor #PRNN9





