7-Eleven, PERKESO jalin kerjasama bantu pencarum kembali bekerja

IPOH – Operator rangkaian kedai serbaneka, 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd (7-Eleven Malaysia) menjalinkan kerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi program latihan pra-pekerjaan ‘Return To Work’ atau Kembali Bekerja (RTW) kepada orang berinsurans (OB).

Kerjasama yang dimeterai menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) itu bertujuan memperkukuh usaha rehabilitasi, meningkatkan kebolehpasaran dan membantu semula pencarum agar mampu kembali ke pasaran kerja.

Pengerusi Lembaga Pengarah 7-Eleven Malaysia, Tan Sri Mohd Annuar Zaini berkata, menerusi usaha itu, peserta akan mengikuti latihan prapekerjaan pada persekitaran kerja sebenar di samping berpeluang menjalani penempatan pekerjaan dalam operasi peruncitan 7-Eleven Malaysia di seluruh negara.

Pengerusi 7-Eleven Malaysia Sdn Bhd, Tan Sri Mohd Annuar Zaini berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan 7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd. serta Menandatangani Perjanjian Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Antara PERKESO, Tenaga Nasional Berhad dan GSPRAX Sdn. Bhd di Pusat Rehabilitasi Neuro-Robotik Dan Sibernik Kebangsaan PERKESO, Bandar Meru Raya, Ipoh, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 15 JUN 2026.

Katanya, ia memberi peluang OB untuk memperoleh pengalaman langsung dalam bidang perkhidmatan pelanggan, pengurusan produk dan operasi harian runcit bagi meningkatkan kemahiran serta kebolehpasaran mereka.

“Menjadi hasrat kami para peserta memperoleh kemahiran sebenar dalam persekitaran kerja sebenar, sekali gus membuka ruang kepada peluang pekerjaan yang nyata dan lebih mampan pada masa hadapan.

“Melalui persekitaran yang selamat, inklusif dan kondusif, setiap peserta akan mendapat bimbingan, pemantauan dan sokongan berterusan bersama dengan pasukan PERKESO sepanjang tempoh program,” katanya.

7-Eleven Malaysia PERKESO RTW Program Return To Work PERKESO Peluang pekerjaan PERKESO Latihan pra-pekerjaan PERKESO 7-Eleven Malaysia kerjasama PERKESO Pencarum PERKESO kembali bekerjaprogram Return To Work PERKESO, latihan pra-pekerjaan RTW, pencarum kembali bekerja, kerjasama 7-Eleven Malaysia dan PERKESO, kebolehpasaran orang berinsurans
Pengerusi Lembaga Pengarah 7-Eleven Malaysia Holdings Berhad, Tan Sri Mohd Annuar Zaini (dua, kanan) ketika gimik perasmian premis kedai serbaneka 7-Eleven Malaysia di Pusat Rehabilitasi Neuro-Robotik Dan Sibernik Kebangsaan PERKESO, Bandar Meru Raya, Ipoh, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 15 JUN 2026.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis MoU antara PERKESO dan 7-Eleven Malaysia serta Menandatangani Perjanjian Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Antara PERKESO, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan GSPRAX Sdn. Bhd di Pusat Rehabilitasi Neuro-Robotik Dan Sibernik Kebangsaan PERKESO di sini, pada Isnin.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga PERKESO, Datuk Seri Subahan Kamal; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengurusan PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, serta Pengarah Eksekutif Pusat Rehabilitasi PERKESO, Datuk Dr Hafez Hussain.

Suasana sekitar Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan 7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd. serta Menandatangani Perjanjian Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Antara PERKESO, Tenaga Nasional Berhad dan GSPRAX Sdn. Bhd di Pusat Rehabilitasi Neuro-Robotik Dan Sibernik Kebangsaan PERKESO, Bandar Meru Raya, Ipoh, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 15 JUN 2026.

Mohd Annuar berkata, dengan rangkaian kedai serbaneka lebih daripada 2,700 cawangan di seluruh negara, 7-Eleven Malaysia berada pada kedudukan strategik dalam menawarkan peluang pekerjaan yang mudah diakses dalam komuniti setempat.

Beliau berkata, liputan operasi yang meluas membolehkan peserta RTW PERKESO mendapatkan peluang pekerjaan berhampiran tempat tinggal masing-masing, sekali gus mengurangkan cabaran untuk kembali menyertai ke alam pekerjaan.

7-Eleven Malaysia PERKESO RTW Program Return To Work PERKESO Peluang pekerjaan PERKESO Latihan pra-pekerjaan PERKESO 7-Eleven Malaysia kerjasama PERKESO Pencarum PERKESO kembali bekerjaprogram Return To Work PERKESO, latihan pra-pekerjaan RTW, pencarum kembali bekerja, kerjasama 7-Eleven Malaysia dan PERKESO, kebolehpasaran orang berinsurans
Pengerusi Lembaga Pengarah 7-Eleven Malaysia Holdings Berhad, Tan Sri Mohd Annuar Zaini (kanan) bersama Pengerusi Lembaga Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Datuk Seri Subahan Kamal (kiri) menyantuni kakitangan premis kedai serbaneka 7-Eleven Malaysia di Pusat Rehabilitasi Neuro-Robotik dan Sibernik Kebangsaan PERKESO, Bandar Meru Raya, Ipoh, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 15 JUN 2026.

Mohd Annuar berkata, kerjasama antara PERKESO dan 7-Eleven Malaysia itu juga merupakan kolaborasi pertama antara kedua-dua pihak yang memberi penekanan kepada aspek pekerjaan.

Justeru beliau memberitahu, pihaknya menyasarkan pengambilan kohort pertama peserta RTW sebelum penghujung tahun ini sebelum memperluaskannya dengan penglibatan lebih ramai peserta pada masa hadapan.

“Pemulihan fizikal dan kognitif hanya satu permulaan memenuhi separuh perjalanan yang mereka perlu lalui. Separuh lagi perjalanan tersebut ialah membina semula keyakinan diri untuk kembali ke alam pekerjaan.

“Sistem kerja berasaskan syif di stor-stor kami memberi fleksibiliti kepada mereka yang melalui proses pemulihan,” ujarnya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Perlindungan 24 jam PERKESO manfaat 9.6 juta pekerja

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI