MGPerak: JAIPk Tidak Diiktiraf Kad Perakuan Nikah Persatuan Ulama Rohingya

66

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) tidak mengiktiraf kad perakuan nikah yang dikeluarkan atas nama Persatuan Ulama Masyarakat Rohingya Malaysia dari sudut perundangan negara.

Pengarah JAIPk, Datuk Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, isu perkahwinan masyarakat Rohingya kini sedang diberi perhatian serius di peringkat kebangsaan susulan arahan Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dan Majlis Raja-Raja supaya penyelesaian segera dicari.

Berikutan itu, berliau berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan beberapa siri perbincangan bersama jabatan agama Islam negeri-negeri bagi mencari mekanisme terbaik untuk menyelesaikan isu berkenaan yang melibatkan aspek nasab (keturunan) serta dokumentasi. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #JAIPk #Kadperakuannikah #PersatuanUlamaMasyarakatRohingyaMalaysia

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini