MGPerak: Wakaf Mesin Dobi Layan Diri Mudahkan Waris Pesakit, Jana Ekonomi Masjid

35

SEJAK sekian lama wakaf menjadi antara instrumen penting dalam pembangunan masyarakat Islam termasuk melalui penyediaan pelbagai kemudahan yang memberi manfaat berpanjangan kepada orang ramai.

Seiring dengan keperluan dan perkembangan semasa, pelaksanaan wakaf kini juga diperluaskan kepada pelbagai projek yang bukan sahaja mampu menjana pendapatan dan malah turut membantu menyelesaikan kemaslahatan masyarakat.

Kesukaran yang dialami waris mangsa tragedi 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik dan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan sebelum ini yang terpaksa menunggu lama di hospital menjadi titik tolak kepada projek rintis wakaf mesin dobi di Pusat Dobi Layan Diri Ar-Ridzuan di Masjid Muhibbuddin Shah di sini. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini