MGPerak: Pelukis Cilik Kini Bintang TVET, Kejar Impian Bergelar Arkitek

138

BERMULA sebagai pelukis cilik ketika di bangku sekolah rendah, Muhamad Haikal Haqimi Nizam membuktikan bahawa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu menjadi platform terbaik melahirkan bakat berkemahiran tinggi serta berdaya saing.

Anak kelahiran Kampar itu berkata, minatnya dalam bidang seni bermula sejak kecil dan semakin menyerlah selepas menjuarai pertandingan Plein Air Challenge pada tahun 2015 ketika berusia 11 tahun.

Kejayaan manis itu sekali gus melayakkan beliau dinobatkan sebagai Pelukis Cilik Perak melalui lukisan Kellie’s Castle sebelum menyertai pelbagai program seni di bawah Tourism Perak dan kumpulan pelukis negeri. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini