KPDN lancar Kempen ‘Jom Beli Selamat’, perkasa keselamatan beli-belah dalam talian

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Kempen Jom Beli Selamat!: Klik Tanpa Risau dengan kerjasama Shopee dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, inisiatif itu merupakan sebahagian daripada komitmen kerajaan memperkasa pembangunan ekosistem e-dagang negara yang selamat, diyakini dan progresif menerusi penglibatan pelbagai agensi kerajaan serta pemain industri.

Menurut beliau, kempen ‘Jom Beli Selamat’ yang dilancarkan bersempena Shopee Seller Summit 2026 itu turut menjadi platform memperkukuh kesedaran masyarakat mengenai amalan membeli-belah secara selamat dalam talian.

“Pendekatan ini memberi penekanan kepada usaha memperkasa pendidikan pengguna melalui penyebaran maklumat berkaitan langkah mengenal pasti taktik penipuan, amalan terbaik urus niaga dalam talian, saluran membuat aduan serta penggunaan platform yang selamat dan dipercayai.

“Ini juga bertujuan membudayakan amalan pembelian dalam talian yang lebih selamat di samping mengurangkan risiko pengguna menjadi mangsa penipuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, penganjuran program itu juga membuktikan iltizam Shopee sebagai penyedia platform e-dagang dalam memperkasa usahawan tempatan supaya lebih berdaya saing menerusi perkongsian ilmu berkaitan teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI), pemasaran digital, pembangunan kandungan, inovasi logistik dan pengurusan operasi perniagaan.

Pada masa sama, Armizan menggesa semua penyedia platform e-dagang terus memperkukuh mekanisme perlindungan pengguna, meningkatkan tahap pematuhan terhadap peraturan sedia ada serta memperluas kerjasama dengan agensi penguatkuasaan bagi membanteras penipuan dan salah laku dalam persekitaran digital. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI