Perak sedang berbincang dengan beberapa pelabur berpotensi yang berminat untuk melengkapkan ekosistem automotif Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim.
Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, pelaburan itu termasuk bagi mengambil tempat syarikat automotif BYD Company Limited (BYD) dari China yang membatalkan hasrat untuk melabur di hab berkenaan.
Menurutnya, perbincangan tersebut sedang dijalankan namun nama syarikat terbabit belum boleh diumumkan atas faktor kerahsiaan dan peraturan pasaran modal. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #LembahTeknologiTinggiAutomotif





