Kes buli di Rawang: JPN Selangor beri kerjasama penuh, tiada individu dilindungi

SHAH ALAM – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor memberikan kerjasama penuh terhadap siasatan membabitkan insiden buli yang tular di media sosial dipercayai membabitkan sekumpulan pelajar sekolah menengah di Rawang.

JPN Selangor dalam kenyataan memaklumkan tiada siapa akan dilindungi dan mana-mana individu yang terlibat berdepan tindakan tegas selaras dengan peraturan sedia ada.

“JPN Selangor mengambil perhatian serius mengenai penularan video berkaitan insiden melibatkan salah laku murid di sebuah sekolah di Rawang baru-baru ini.

“Insiden ini sedang dalam perhatian pihak polis. JPN Selangor tidak berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan murid,” menurut kenyataan itu.

JPN Selangor turut menasihatkan orang ramai supaya menghormati proses siasatan yang sedang dijalankan pihak berkuasa.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI