Projek akuaponik USAS bantu pelajar asnaf jana pendapatan, sokong keterjaminan makanan

IPOH – Projek akuaponik yang dilaksanakan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Kuala Kangsar bukan sahaja menyokong agenda keterjaminan makanan, malah membuka peluang kepada pelajar menjana pendapatan sampingan.

Akuaponik merupakan kaedah pertanian yang menggabungkan ternakan ikan atau akuakultur dengan penanaman sayuran tanpa tanah atau hidroponik dalam satu kitaran sumber air yang sama.

Projek yang dilaksanakan menerusi Akademi Sekuriti Makanan dan Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat USAS itu mendapat pembiayaan RM100,000 daripada Maybank Islamic Berhad.

projek akuaponik USAS akuaponik USAS projek akuaponik pelajar asnaf sistem akuaponik USAS akuaponik Universiti Sultan Azlan Shah projek keterjaminan makanan USAS keterjaminan makanan Perak pelajar asnaf jana pendapatan pertanian akuaponik Malaysia projek pertanian USAS Perak Sejahtera 2030
Ketua Penyelidik projek akuaponik yang dilaksanakan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Dr Nik Nurhusna Nik Sin memberi penerangan kepada peserta projek pada Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) 2026 kali kelapan di Pusat Konvensyen Casuarina, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 22 JULAI 2026.

Ketua Penyelidik, Dr Nik Nurhusna Nik Sin berkata, projek tersebut dipilih kerana selari dengan matlamat pembangunan mampan (SDG) khususnya berkaitan keterjaminan makanan, selain menyokong aspirasi pelan pembangunan negeri Perak Sejahtera 2030.

Beliau yang juga Pensyarah Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat USAS berkata, projek yang bermula sejak daripada November tahun lalu itu melibatkan enam peserta dalam kalangan pelajar asnaf di universiti berkenaan.

“Antara sebab kami memilih projek akuaponik ialah kerana satu sistem mampu menghasilkan dua produk iaitu ikan dan sayuran, malah kedua-duanya merupakan sumber makanan penting yang diperlukan masyarakat.

“Di USAS sendiri terdapat Akademi Sekuriti Makanan dan projek ini juga dilaksanakan bagi menyokong usaha memperkukuhkan keterjaminan makanan yang menjadi antara agenda penting negeri,” katanya.

Ketua Penyelidik projek akuaponik yang dilaksanakan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Dr Nik Nurhusna Nik Sin pada Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) 2026 kali kelapan di Pusat Konvensyen Casuarina, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 22 JULAI 2026.

Beliau berkata demikian ketika ditemui MalaysiaGazette (MG) Perak pada Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) 2026 di Pusat Konvensyen Casuarina, di sini, pada Rabu.

Nik Nurhusna berkata, projek berkenaan merupakan yang pertama dilaksanakan di peringkat institusi pendidikan negeri dan ia dirancang akan diperluaskan pada masa hadapan.

Beliau berkata, pihak universiti sedang dalam usaha mendapatkan menerusi geran baharu termasuk kerjasama dengan Affin Bank dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM).

Peserta projek akuaponik yang dilaksanakan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Muhammad Farihin Mohd. Shahrin, 21, (kiri) memberi penerangan kepada orang ramai ketika pameran Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) 2026 kali kelapan di Pusat Konvensyen Casuarina, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 22 JULAI 2026.

“Buat masa ini fokus diberikan kepada pelajar asnaf USAS, namun pada masa depan kami mahu membuka penyertaan kepada lebih warga universiti.

“Ia termasuk pelajar, kakitangan universiti serta komuniti setempat dalam kangan B40 supaya mereka turut dapat menjana pendapatan sampingan melalui projek ini.

“Setakat ini kami telah membangunkan tujuh set akuaponik di USAS dan kemudahan sedia ada akan terus dimanfaatkan oleh pelajar semester baharu yang akan datang,” katanya.

Peserta projek akuaponik yang dilaksanakan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Muhammad Amin Abdul Rahman, 23, di Pusat Konvensyen Casuarina, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 22 JULAI 2026.

Sementara itu, peserta projek, Muhammad Amin Abdul Rahman, 23, berkata, sistem akuaponik memberi kelebihan berbanding kaedah pertanian lain kerana tidak menggunakan baja kimia, sebaliknya memanfaatkan nutrien semula jadi daripada sisa ikan.

“Kalau hidroponik kita perlu menggunakan baja sintetik atau baja kimia, tetapi pada akuaponik nutrien datang daripada najis ikan. Jadi, hasil sayur yang diperoleh lebih organik serta mesra alam.

“Daripada hasil jualan ikan dan sayur, sebanyak 30 peratus digunakan semula untuk menampung kos operasi dan penyelenggaraan, manakala 70 peratus dikembalikan kepada peserta projek,” ujarnya.

projek akuaponik USAS akuaponik USAS projek akuaponik pelajar asnaf sistem akuaponik USAS akuaponik Universiti Sultan Azlan Shah projek keterjaminan makanan USAS keterjaminan makanan Perak pelajar asnaf jana pendapatan pertanian akuaponik Malaysia projek pertanian USAS Perak Sejahtera 2030
Projek akuaponik yang dilaksanakan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ketika pameran Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) 2026 kali kelapan di Pusat Konvensyen Casuarina, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 22 JULAI 2026.

Pelajar semester tujuh Sarjana Muda Industri Pertanian itu berkata, projek itu dilihat mampu membantu pelajar memperoleh pendapatan tambahan, di samping memberi peluang mengaplikasikan ilmu yang dipelajari di bilik kuliah.

“Sebagai pelajar dalam bidang pertanian, projek ini memberi pengalaman praktikal yang sangat berguna selain membantu menambah pendapatan untuk menampung keperluan pembelajaran,” katanya lagi.

projek akuaponik USAS akuaponik USAS projek akuaponik pelajar asnaf sistem akuaponik USAS akuaponik Universiti Sultan Azlan Shah projek keterjaminan makanan USAS keterjaminan makanan Perak pelajar asnaf jana pendapatan pertanian akuaponik Malaysia projek pertanian USAS Perak Sejahtera 2030
Peserta projek akuaponik yang dilaksanakan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Muhammad Farihin Mohd. Shahrin, 21, di Pusat Konvensyen Casuarina, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 22 JULAI 2026.

Seorang lagi peserta, Muhammad Farihin Mohd. Shahrin, 21, berkata, sistem akuaponik yang dijalankan menggunakan gas ammonia daripada najis ikan sebagai sumber nutrien tanaman sebelum air ditapis dan dikitar semula ke dalam kolam secara berterusan.

“Projek ini sesuai untuk tanaman sayuran seperti sawi, kangkung, bayam, salad, pak choi, dan daun basil, manakala jenis ikan yang sesuai diternak seperti talapia, keli serta lampam.

“Setakat ini kami sudah membuat dua kali penuaian sayur selain berjaya menghasilkan kira-kira 100 kilogram (kg) pekasam daripada ikan tilapia merah yang diternak,” katanya.

Menurut Muhammad Farihin, satu set projek akuaponik boleh dibina dengan kos sekitar RM800 hingga RM1,000 yang terdiri daripada komponen seperti paip polivinil klorida (PVC), pam air, span, serta sistem pengudaraan untuk ternakan ikan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

USAS sedia insentif RM8,000 untuk galak penyelidikan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI