IPOH – Bermula dengan hanya membantu ibu menjual pisang goreng di tepi jalan, Azabillah Farhana Ismail berjaya membuktikan bahawa kemahiran yang dipelajarinya menerusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu mengubah landskap kehidupan seseorang.
Kini, usahawan berusia 34 tahun itu mengusahakan perniagaan makanan di Medan Selera Dato’ Tahwil Azar atau lebih dikenali sebagai Taman Kanak-Kanak Gerbang Malam, di sini.
Menceritakan detik permulannya, Azabillah menceritakan bahawa latar belakang keluarganya yang serba kekurangan tidak menghalang beliau untuk menuntut ilmu di Perak Culinary Arts Academy @ Kolej Komuniti Chenderoh (PCAA@KKCP) Kuala Kangsar dalam bidang kulinari pada tahun 2011. – MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #peraksejahtera2030 #saaranimohamad





