IPOH – Enam beradik bersama seorang rakan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis heroin minggu lalu.
Tertuduh, Muhammad Affandi Zulkafli, 41; Shahrul Azwan Zulkafli, 38; Muhammad Khairul Azmil Zulkafli, 40; Muhamad Amirul Zulkafli, 29; Mohamad Hafizi Zulkafli, 27; dan Mohamad Shah Herman Zulkafli, 35, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norizan Riduan.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak





