Malaysia perkukuh pembangunan mampan, sokong Agenda Bandar Baharu

IPOH – Malaysia menegaskan komitmen dalam memacu pembangunan bandar mampan melalui usaha menyokong pelaksanaan Agenda Bandar Baharu selaras peranannya sebagai Presiden Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, langkah itu memastikan agar pembangunan bandar bergerak seiring dengan kerangka antarabangsa iaitu inklusif, mampan dan berdaya tahan.

Agenda Bandar Baharu Keyphrase Synonyms pembangunan bandar mampan bandar mampan Malaysia New Urban Agenda pembangunan bandar lestari Agenda Bandar Baharu UN-Habitat Related Keyphrases Malaysia perkukuh agenda bandar mampan Persidangan ACMROCH 2026 UN-Habitat Malaysia pembangunan bandar mampan ASEAN Nga Kor Ming bandar mampan
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berucap pada Persidangan Pembinaan dan Perumahan Menteri ASEAN – China (ACMROCH) 2026 di Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 01 OGOS 2026

“Di Malaysia, falsafah ini menjadi teras kepada Malaysia MADANI. Kemajuan mesti dipandu oleh kompas etika.

“Kita mahu membina bandar yang memenuhi keperluan rakyat, kejiranan yang sejahtera dan ruang awam yang memberi manfaat kepada kehidupan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Pembinaan dan Perumahan Menteri ASEAN – China (ACMROCH) 2026 di sini pada Sabtu.

Persidangan bertemakan ‘Bandar Mampan, Perumahan Berkualiti, Komuniti Bersatu Padu’ yang berlangsung selama tiga hari itu menghimpunkan 300 delegasi kalangan menteri, timbalan menteri dan pegawai kanan kerajaan dari 11 negara ASEAN.

Antara yang hadir, Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar dan Luar Bandar China, Ni Hong; Menteri Pembangunan Dalam Negara Singapura, Chee Hong Tat dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Thailand, Jeset Thaiseth.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mempengerusikan Persidangan Pembinaan dan Perumahan Menteri ASEAN – China (ACMROCH) 2026 di Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 01 OGOS 2026

Dalam pada itu Kor Ming berkata, ACMROCH 2026 dilihat berupaya menjadi medan penting untuk menterjemahkan visi kepada tindakan nyata yang memberi manfaat kepada komuniti.

Beliau berkata, penganjurannya bukan sekadar perbincangan berkaitan pembinaan, sebaliknya menjadi deklarasi serantau untuk membina kemakmuran tanpa meminggirkan rakyat.

“Melalui kerjasama ASEAN, China dan rakan antarabangsa, kita dapat memastikan pembangunan bandar di rantau ini bergerak seiring dengan misi UN-Habitat,” katanya.

Agenda Bandar Baharu Keyphrase Synonyms pembangunan bandar mampan bandar mampan Malaysia New Urban Agenda pembangunan bandar lestari Agenda Bandar Baharu UN-Habitat Related Keyphrases Malaysia perkukuh agenda bandar mampan Persidangan ACMROCH 2026 UN-Habitat Malaysia pembangunan bandar mampan ASEAN Nga Kor Ming bandar mampan
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming melawat pameran pada Persidangan Pembinaan dan Perumahan Menteri ASEAN – China (ACMROCH) 2026 di Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 01 OGOS 2026

Pada masa sama beliau berkata, dunia kini berdepan perubahan besar apabila lebih 57 peratus populasi global menetap di kawasan bandar, manakala Asia merekodkan kadar urbanisasi melebihi 54 peratus.

Jelasnya, Malaysia sendiri mencatatkan kadar urbanisasi tinggi iaitu 78 peratus, manakala China 67 peratus, sekali gus memberi tekanan kepada infrastruktur, perumahan dan tenaga.

“Keperluan terhadap pengurusan bandar yang mampan, mampu milik dan berdaya tahan terhadap perubahan iklim bukan lagi sekadar dasar untuk masa hadapan.

“Sebaliknya ia merupakan cabaran segera yang tidak dapat dinafikan secara matematik dan memberi kesan kepada kehidupan harian ratusan juta penduduk,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Kemajuan ASEAN perlu seiring dengan integriti – Azalina

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI