IPOH – Identiti warga emas yang diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas dikatakan tinggal lebih seminggu di sebuah hentian bas berhampiran Klinik Kesihatan Greentown di Jalan Raja Musa Aziz, di sini, masih belum dikenal pasti.
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, JKM sedang meminta bantuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menyemak identiti lelaki berkenaan.
Menurut beliau, selepas diselamatkan JKM, warga emas berkenaan telah ditempatkan sementara di Hospital Raja Permaisuri Bainun bagi menerima rawatan lanjut. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak





