Majlis Amanah Rakyat (MARA) Perak menyalurkan lebih RM2 juta peruntukan dalam bentuk pembiayaan dan kemudahan keusahawanan kepada kira-kira 30 pengusaha pelancongan Bumiputera di negeri ini hingga kini.
Pengarah MARA Negeri Perak, Yuhaniz Mohamad Padil berkata, jumlah berkenaan merupakan sebahagian daripada peruntukan keseluruhan RM20 juta yang disediakan bagi membantu usahawan dalam pelbagai sektor pada tahun ini. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #MARAPerak #pengusahapelanconganbumiputera





