TANJUNG MALIM – EP Manufacturing Bhd (EPMB) di bawah Peps Sanly JV Sdn Bhd melabur hampir RM10 juta bagi membangunkan sebuah kilang pemasangan komponen casis di Lembah Teknologi Tinggi Automotif Malaysia (AHTV), di sini hari ini.
Kilang itu dibangunkan menerusi usaha sama EPMB dengan Sanly Auto Parts Co Ltd dari China yang mempunyai kepakaran dalam kerja logam, pemasangan dan sistem brek.
Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, fasiliti berkenaan akan menghasilkan komponen kritikal bagi untuk model terpilih Proton Holdings Bhd (Proton). -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak





