Perak kekal tegas larang penjualan vape, sedia dicabar di mahkamah

IPOH – Kerajaan Negeri Perak masih tegas dengan keputusan untuk menghentikan penjualan rokok elektronik atau vape, walaupun berdepan cabaran undang-undang daripada sebuah persatuan vape dan sebuah syarikat baru-baru ini.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, Datuk A Sivanesan berkata, pihak berkenaan telah memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap kerajaan negeri di Mahkamah Tinggi Ipoh pada 18 Mac lalu.

“Itu adalah hak mereka, tetapi kerajaan negeri telah memasukkan kehadiran dan kita akan masukkan pembelaan.

“Kerajaan negeri tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak yang cuba melarang kita demi menjaga kesejahteraan rakyat. Kita akan berjumpa dengan mereka di mahkamah.

“Ini kerana mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) minggu lalu telah memutuskan untuk meneruskan kes ini, yang akan dikendalikan oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri,” katanya.

Perak kekal tegas larang penjualan vape, sedia dicabar di mahkamah
Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, Datuk A Sivanesan pada sidang media Majlis Perasmian Kempen Kesihatan Warga Emas di Klinik Kesihatan Buntong, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 21 OGOS 2026

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program Komuniti ke Arah Penuaan Sihat dan Bermaruah ‘Golden Years, Greater Lives’ di Klinik Kesihatan Buntong, di sini hari ini.

Hadir sama, Perunding Perubatan Keluarga KK Buntong, Dr A Subashini dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong, M Thulsi.

Sivanesan berkata, semakan kehakiman itu difailkan oleh Presiden Malaysia E-Vaporizers and Tobacco Alternative Association (MEVTA) serta syarikat menjual rokok elektronik SS City Electronics Enterprise manakala kerajaan negeri dinamakan sebagai responden pertama, Menteri Besar Perak sebagai responden kedua dan Majlis Daerah Tanjung Malim sebagai responden ketiga.

Katanya, keputusan kerajaan negeri itu dibuat berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan 1976, yang memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan untuk menentukan sama ada lesen perniagaan bagi tujuan tertentu boleh dikeluarkan.

Sebelum ini media melaporkan, Kerajaan Negeri Perak memberi tempoh sehingga Oktober ini kepada pengusaha rokok elektronik, atau vape, untuk menghentikan penjualannya susulan keputusan melaksanakan larangan lesen menjual produk itu di negeri berkenaan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Dadah ‘zombi’ menerusi Vape: Langkah penguatkuasaan bakal diumum KKM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI