Pekebun di Chemor resah, gajah liar ceroboh kebun tiga kali

IPOH – Pekebun di Bukit Bangkong, Chemor, di sini, resah apabila kebun buah-buahan mereka diceroboh gajah liar sebanyak tiga kali sejak September lalu, mengakibatkan kerosakan teruk pada tanaman.

Kejadian terbaharu berlaku pada 11 Oktober lalu menyaksikan haiwan berkenaan memasuki kawasan kebun hingga ke puncak bukit, serta menjejaskan usaha pekebun yang mengusahakan tanaman bagi menampung bekalan makanan.

Wakil pekebun, Abdul Rahim Ahmad, 65, berkata, kejadian itu mengakibatkan mereka kini resah dan bimbang sekiranya kejadian sama berulang dan mengakibatkan kerugian lebih besar.

gajah liar di Chemor gajah liar Bukit Bangkong, gajah ceroboh kebun di Chemor, gangguan gajah liar di Perak, kebun buah dirosakkan gajah . gajah liar ceroboh kebun buah gajah liar Bukit Bangkong Chemor pekebun Chemor alami kerugian 12 lot kebun terjejas akibat gajah PERHILITAN Perak kawal gajah liar
Wakil pekebun, Abdul Rahim Ahmad, 65, di Bukit Bangkong, Chemor, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 OKTOBER 2026.

Menurutnya, dia telah membuat laporan polis selepas kejadian pertama untuk dirujuk kepada Jabatan Perhutanan Negeri, selain menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

“Lebih daripada 40 pokok kelapa dan nangka terjejas di kebun saya, manakala kebun berhampiran turut mengalami kerosakan.

“Kerugian sebenar sukar ditaksirkan kerana kami turut menanggung kos kemudahan pertanian, selain modal dan tenaga yang sudah dilaburkan untuk mengusahakan dusun,” katanya ketika ditemui di Bukit Bangkong, Chemor, di sini, pada Jumaat.

gajah liar di Chemor gajah liar Bukit Bangkong, gajah ceroboh kebun di Chemor, gangguan gajah liar di Perak, kebun buah dirosakkan gajah . gajah liar ceroboh kebun buah gajah liar Bukit Bangkong Chemor pekebun Chemor alami kerugian 12 lot kebun terjejas akibat gajah PERHILITAN Perak kawal gajah liar
Pekebun, Omar Abdullah, 70, menunjukkan pokok kelapa yang dirosakkan gajah liar di Bukit Bangkong, Chemor, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 OKTOBER 2026.

Abdul Rahim berkata, dia tidak menolak kemungkinan gangguan pada habitat asal haiwan itu menjadi antara punca kepada masalah gangguan mamalia itu di kebun mereka sejak tiga bulan lalu.

“Selain tumbuhan, gajah liar yang menceroboh turut menjejaskan barangan pertanian lain termasuk baja dan paip untuk pengairan di kebun,” jelasnya lagi.

gajah liar di Chemor gajah liar Bukit Bangkong, gajah ceroboh kebun di Chemor, gangguan gajah liar di Perak, kebun buah dirosakkan gajah . gajah liar ceroboh kebun buah gajah liar Bukit Bangkong Chemor pekebun Chemor alami kerugian 12 lot kebun terjejas akibat gajah PERHILITAN Perak kawal gajah liar
Pekebun menunjukkan gambar kejadian tanaman dirosakkan gajah liar di Bukit Bangkong, Chemor, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 OKTOBER 2026.

Pada masa sama, seorang lagi wakil pekebun, Omar Abdullah, 70, berkata, kira-kira 12 lot kebun seluas 9.71 hektar terjejas akibat pencerobohan haiwan liar berkenaan.

Katanya, kejadian itu bukan sahaja menjejaskan hasil pertanian, malah turut memberi kesan kepada semangat pekebun untuk meneruskan usaha mereka.

gajah liar di Chemor gajah liar Bukit Bangkong, gajah ceroboh kebun di Chemor, gangguan gajah liar di Perak, kebun buah dirosakkan gajah . gajah liar ceroboh kebun buah gajah liar Bukit Bangkong Chemor pekebun Chemor alami kerugian 12 lot kebun terjejas akibat gajah PERHILITAN Perak kawal gajah liar
Kebun yang dirosakkan gajah liar di Bukit Bangkong, Chemor, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 OKTOBER 2026.

“Tanah ini diberikan kerajaan untuk diusahakan, begitu juga benih yang dibekalkan Jabatan Pertanian, jadi kami berharap ada pihak yang dapat membantu menangani masalah ini.

Omar berkata, PERHILITAN juga sudah melakukan pemantauan selepas menerima aduan pekebun dan memberikan panduan berkaitan keselamatan serta tindakan susulan, termasuk urusan tuntutan ganti rugi.

Pekebun, Omar Abdullah, 70, menunjukkan tapak gajah liar di Bukit Bangkong, Chemor, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 16 OKTOBER 2026.

Sementara itu Pengarah PERHILITAN Perak, Dr. Pazil Abdul Patah, ketika dihubungi berkata, pihaknya mengesahkan ada menerima aduan berhubung kejadian itu dan melaksanakan kawalan di kawasan terbabit.

“PERHILITAN telah membuat kawalan dan jika berpeluang, kami akan cuba menangkap gajah liar berkenaan,” jelasnya. – MG PERAK

 

Artikel Berkaitan:

Cemas dengar tempikan kawanan gajah liar belakang rumah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI