TAPAH – Kehidupan serba kekurangan membesarkan tiga anaknya menjadi halangan kepada bapa tunggal, Raas Basresh, 36 untuk menyediakan kediaman selesa buat mereka sekeluarga.
Dia yang hanya memperoleh pendapatan sekitar RM20 hingga RM40 sehari terpaksa tinggal di rumah uzur yang diperbuat dari buluh selama 10 tahun di Kampung Orang Asli Batu 9, Jalan Pahang di sini.
Katanya, dia dan anak-anak berusia 11, sembilan dan tujuh tahun kemudiannya terpaksa menumpang dikediaman jirannya selepas rumah mereka berlubang dan hampir roboh. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak





