IPOH – MCA masih menunggu perkembangan lanjut berhubung ura-ura kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang serta tidak mahu membuat sebarang andaian berhubung perkara tersebut.
Presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, segala andaian mengenai bentuk kerjasama antara kedua-dua gabungan itu perlu dilihat berdasarkan perbincangan khusus di peringkat kepimpinan negeri dan seterusnya dibawa kepada pucuk pimpinan BN. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak





