KUALA KANGSAR – Kerajaan Perak akan meneliti bentuk bantuan yang bersesuaian bagi membantu keluarga mangsa nahas jalan raya yang mengorbankan tiga beranak selepas dirempuh lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Kuala Lumpur, Rabu minggu lalu.
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, bantuan akan dipertimbangkan khususnya kepada ibu, Norhayati Razali, 55 yang masih dirawat di hospital serta anak, Siti Nor Shakira Shaik Mohd Firdaus, 28. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak





