LEBIH sedekad bergerak secara sukarela membantu masyarakat, Pertubuhan Wanita Prihatin Perak (PWPP) membuktikan bermula dengan usaha kecil yang dilakukan dengan penuh keikhlasan mampu memberi impak besar kepada komuniti.
Pengiktirafan itu hadir apabila pertubuhan berkenaan menerima Anugerah Badan Bukan Kerajaan (NGO) sempena Sambutan Maulidur Rasul Negeri Perak 1448H/2026M yang disampaikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Kejayaan ini bukan sekadar pengiktirafan kepada segala penat lelah yang ditaburkan malah turut menjadi suntikan semangat kepada kira-kira 50 ahlinya untuk terus menabur bakti kepada masyarakat dan negeri. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak





