TAIPING – Sebanyak 700 tiang lampu jalan berkuasa solar telah diluluskan kerajaan untuk dipasang di seluruh Perak bagi tahun ini.
Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Teh Kok Lim berkata, inisiatif di bawah Program Solar MADANI itu sebagai usaha untuk meningkatkan kemudahan pencahayaan dan keselamatan penduduk terutama di kawasan luar bandar.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Aulong berkata, daripada jumlah berkenaan, daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) menerima sebanyak 80 tiang lampu solar yang telah siap dipasang sepenuhnya pada 18 Julai lalu. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak





