Hari Kebangsaan: Polis Perak tambah kekuatan anggota, sambutan berjalan lancar

IPOH – Polis meningkatkan jumlah penugasan pegawai dan anggota bagi memastikan tahap keselamatan pada Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak 2026 di hadapan Dewan Bandaran Ipoh di sini pada Isnin berada dalam keadaan terkawal.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, seramai 525 pegawai dan anggota polis ditugaskan melibatkan kawalan lalu lintas, keselamatan di pentas utama serta pemantauan orang ramai sepanjang sambutan berlangsung.

“Jumlah kekuatan anggota yang ditempatkan pada tahun ini ditambah berbanding sambutan tahun lalu bagi memastikan majlis dapat berlangsung dengan lancar.

“Secara keseluruhan, seramai 525 pegawai dan anggota terlibat dalam penugasan dan kami telah berada di sekitar lokasi sambutan seawal kira-kira jam 5 pagi tadi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak di hadapan Dewan Bandaran Ipoh, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, di sini, pada Isnin.

Terdahulu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat pada sambutan yang dihadiri kira-kira 50,000 orang daripada berbilang kaum.

Kawalan keselamatan Hari Kebangsaan Perak Keyphrase synonyms: keselamatan sambutan Hari Kebangsaan Perak, kawalan polis Hari Kebangsaan Perak, keselamatan sambutan Merdeka Perak, kawalan keselamatan di Ipoh Related keyphrase: Polis Perak Hari Kebangsaan 2026 525 anggota polis sambutan Merdeka Perak keselamatan Sambutan Hari Kebangsaan di Ipoh kawalan polis Dewan Bandaran Ipoh Sambutan Hari Kebangsaan Perak berjalan lancar
Perarakan kenderaan dan aset dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak mewarnai Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan di pekarangan Dewan Bandaran Ipoh, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 OGOS 2026.

Mohd Alwi berkata, kawalan keselamatan sepanjang sambutan berada pada tahap baik dan pihak polis tidak menerima sebarang laporan insiden yang boleh menjejaskan perjalanan majlis berkenaan.

“Tiada insiden yang membimbangkan dan semuanya berada dalam keadaan terkawal,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, beliau mengesahkan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an telah ditahan sementara selepas dikesan memasuki kawasan kawalan keselamatan dengan memakai kostum penuh watak adiwira pada awal pagi tadi.

Menurut beliau, lelaki itu dipercayai telah melepasi penghadang keselamatan kira-kira jam 5 pagi sebelum dikesan oleh anggota polis yang bertugas.

Mohd Alwi berkata, hasil siasatan awal mendapati lelaki berkenaan mempunyai rekod masalah kesihatan psikiatri dan pihaknya akan merujuk lelaki terbabit ke Hospital Bahagia Ulu Kinta untuk tindakan selanjutnya.

“Dia memakai kostum penuh watak adiwira dan tidak melakukan sebarang kacau ganggu, sebaliknya dipercayai hanya datang untuk melihat majlis sambutan pada pagi ini.

“Bagaimanapun, keadaan penampilannya menimbulkan curiga dan kita mengambil tindakan pantas untuk menahannya sementara bagi tujuan pemeriksaan lanjut,” katanya lagi.

Pada Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Perak Ogos tahun lalu, seorang wanita ditahan polis kerana menceroboh pentas utama dan cuba menyerang Sultan Nazrin ketika lagu kebesaran negeri berkumandang.

Pada September tahun lalu, wanita berusia 42 tahun itu diperintahkan mahkamah menjalani pemeriksaan serta pemantauan di Hospital Bahagia mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah selepas menyatakan menghidap skizofrenia dan tidak waras semasa kejadian.

Laporan mengesahkan dia menghidap skizofrenia, namun laporan psikiatri mendapati wanita itu layak dibicarakan serta berupaya memberikan pengakuan.

Pada 6 Julai, media melaporkan wanita itu didenda RM500 selepas mengaku bersalah atas perbuatan pada Ogos tahun lalu itu di Mahkamah Majistret Ipoh. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Mahkamah arah wanita cuba serang Sultan Perak jalani pemeriksaan mental

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI