MGPerak: Dua Rakan Didakwa Tipu Kedai Pajak Guna Emas Palsu

67

BATU GAJAH – Dua rakan yang didakwa terlibat dalam sindiket pajak emas palsu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Gajah pada Khamis, atas pertuduhan menipu pekerja kedai pajak dengan menggadaikan barang kemas palsu, bulan lalu.

Tertuduh, Mu Vui Yen, 38, mengaku bersalah, sementara rakannya, Ng Yung Cheng, 26, tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Nazratul Natrah Mohd. Yussof.

Mengikut pertuduhan, Vui Yen yang merupakan pekerja e-panggilan didakwa menipu pekerja kedai pajak dengan mengemukakan seutas rantai tangan seberat 30.4 gram yang bukan emas tulen bagi tujuan mendapatkan wang pajakan. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini