Maritim Malaysia tahan 14 kru, rampas vesel, 300kg ikan bilis

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) yang disyaki melanggar syarat sah lesen dalam operasi penguatkuasaan di kedudukan 0.1 batu nautika barat Pulau Pangkor di sini, sekitar jam 6.25 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, penahanan tersebut dilakukan oleh aset Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan operasi di perairan berkenaan bagi mengesan dan membanteras pelanggaran undang-undang serta aktiviti jenayah maritim.

“Hasil pemeriksaan mendapati vesel berkenaan dikendalikan oleh seorang tekong dan dua kru warga Malaysia, serta 11 kru warga Indonesia berusia antara 21 hingga 59 tahun.

“Turut ditemukan di atas vesel berkenaan ialah hasil tangkapan ikan bilis seberat kira-kira 300 kilogram,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati vesel tersebut disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen dengan menjalankan aktiviti penangkapan ikan kurang daripada satu batu nautika dari pantai, selain disyaki tidak diusahakan sendiri oleh pemegang lesen.

“Kesemua kru ditahan bagi membantu siasatan, manakala vesel, hasil tangkapan ikan bilis dan peralatan menangkap ikan turut dirampas sebelum dibawa ke jeti untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia bagi tindakan lanjut,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Maritim Malaysia tahan dua vesel, 41 kru di Pulau Pangkor

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI