IPOH — Dakwaan yang disiarkan oleh sebuah portal berkaitan hak asasi manusia berhubung perkhidmatan kesihatan yang menyatakan bahawa Hospital Taiping tidak mempunyai pegawai perubatan siswazah (HO) adalah tidak tepat.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Hal Ehwal India dan Integrasi Nasional Negeri Perak, Datuk A Sivanesan berkata, beliau telah bertemu dengan Pengarah Hospital Taiping dan mendapatkan penjelasan mengenai keadaan penempatan kakitangan hospital berkenaan. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





