IPOH – Kesemua 11 menara komunikasi baharu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Hulu yang dirancang menerusi pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) telah siap dibina dan mula beroperasi sejak 31 Julai lalu.
Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi Helmi berkata, selain pembinaan menara baharu, sebanyak 47 stesen pemancar sedia ada turut siap dinaik taraf manakala 4,093 premis telah tersedia dengan capaian gentian optik. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak


